21 September, 2015

Dulu Saya Gemuk

Perkataan GEMUK memang satu perkataan yang sangat digeruni oleh mana mana perempuan pon kan? Ada ke perempuan dalam dunia ni yang happy bila dirinya TERgemuk?  Setahu I takda. Semua perempuan mengimpikan tubuh badan yang selim melim! Kalau dapat body yang montok tu sememangnya satu bonus! Montok yang I maksudkan tu bukan chubby tau! Tapi body yang mempunyai curvy shape.

For me, kalau kita memang sejak zaman kecik-kecik, maksudnya dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk pulak ke alam universiti, still boleh 'maintain' kurus, tapi-tiba boleh tergemuk bila berada di alam pekerjaan, memang something wrong somewhere la kan.

I masuk Universiti masa umur 20 tahun, Tahun 2005 dengan berat 54kg dan ketinggian 160cm. Masa tu I takda problem langsung untuk pakai baju size S & seluar size 25-26.  Tetapi, kehidupan sebagai seorang pelajar dalam jurusan senibina landskap memang adakalanya asyik makan je disebabkan tekanan dan bebanan sebagai seorang pelajar. Senang cakap stress! Masuk sahaja tahun ke-2 di UTM, ada jugak kawan kawan yang tegur, 
' Emy, You nampak berisi sikit '
' Kak Emy, kenapa gemok? '
' Aku suka tengok hang masa minggu oreantasi dulu Emy, kurus kecik molek je! ' 
Masa tu tak la sedih sangat, tapi terasa la badan berisi sikit bila ada yang sampai menegur kan? Masa tu agak susah sikit nak timbang sebab takda weighing machine dekat dalam bilik. Kadang kadang bila pergi pusat kesihatan UTM sebab tak sihat ada jugak try timbang, so I tau la berat I still below 60kg.

Dengan berat bawah 60kg tu sebenarnya, my BMI masih dalam category normal, tapi kawan kawan dok tegur I gemok@berisi sebab diorang kenal I masa I selim melim. To be honestly, masa zaman belajar I takda sibuk nak diet tapi dalam masa yang sama, I budget jugak bab makan. Kalau orang lain budget makan dengan makan maggie@instant mee, I pulak makan McD. Selalunya kalau malam I suka order McD delivery, makan ayam goreng mcD dengan nasi putih tu memang favorite I. Hehehe. 

Selalunya kalau I ada masa free sebelah petang, I selalu pergi jogging dekat Tasik Utm. Tapi tak la terlalu kerap. Sebulan adalah dalam 2 ke 3 kali. Sepatutnya seminggu 2 ke 3 kali kan? Tapi I terbalik. Means takdalah kerap kan! Sebab free time tu tak banyak sebenarnya! Jangan salah faham. Hehehe

Senang cakap masa zaman belajar degree, berat I cepat naik dan cepat jugak turun. Masa tahun 2009, habis belajar, I notice my weight still about 58-60kg. Means I maintain berat yang sama semasa kawan-kawan I tanya kenapa I nampak berisi tu. Hehehe. 

Ni semasa masih bergelar student UTM

Dipendekkan cerita, lepas graduate, I tak sempat nak bercuti manja-manja lama-lama dekat kampung, sebab one month after that I dapat kerja as a Fraud Analyst Officer dekat Citibank Tower, Jalan Ampang.

Fraud analyst officer tu apa..?? Kerjanya macam mana?? Actually as a fraud analyst officer I have to monitor all credit card transactions sama ada local  atau pon overseas. Cara monitor pulak 100% thru phone call. Kalau tak dapat call customer, we have to send notification to customer via email. Kerja ni nampak mudah, tapi tersangatlah stress, sebab customer pelbagai karenah dan ragam. Ada customer yang appreciate bile kita call, ada yang tak suka, ada yang maki maki sebab kacau privacy diorang, ada yang marah bila kita tak call, macam I cakap tadi, PELBAGAI karenah dan ragam. Indirectly, I memang stress sebab kadang-kadang bila da kena marah dengan sorang customer, effect nya kita akan moody sampai la ke malam. Kalau kena marah dengan seorang customer je takpa, tapi sehari kena call lebih 200 customer, can you guys imagine..???

Masa mula-mula kerja I still mantain berat badan macam waktu mula-mula habis belajar, buktinya dua bulan after that, I still dapat pakai kebaya size 38 for my convocation day! Happy sangat! 

On the stage during My convocation day

Still boleh pakai kebaya size 38 okay! hehe

Untuk pengetahuan you all, kerja I ni base on the shift basis. 
7am to 4pm
9pm to 6pm
13pm to 9pm
9pm to 7am
Masa mula-mula kerja, I cuma buat tiga shift yang terawal sahaja, night shift I tak buat, sebab diaorang tak berani nak bagi staff baru buat night shift. Eventually, after well train, I pon buat night shift. Kiranya dalam sebulan seorang staff harus buat 3 ke 4 kali night shift secara rotation. Walaupon 3 ke 4 kali, ia tetap merubah rutin hidup I especially waktu tido. Sebab after night shift, selalunya off night shift. Lepas tu keje siang macam biasa, susah sikit nak adjust time tido sebab selalunya bila off-day masa siang dihabiskan dengan tido, malam pulak berjaga. Esok nak keje da pening kepala sebab da nak subuh baru dapat tido, memang tak pernah dapat tido yang berkualiti. Indirectly, benda ni jugak menyumbang kepada kenaikkan berat badan I. Kakak dekat office yang baik dengan I dok panggil I 
" Emy Montel "

Tapi I tak amek hati pon, sebab kakak yang panggil I montel tu pon tak lebih tak kurang kemontelannya macam I. Hehehe. Waktu mudanya, kakak tu pon selim melim jugak macam I. Bila dia cakap dia selim melim I tak boleh nak bayangkan sebab I kenal dia sebagai seorang yang chubby. Bila dia tunjuk gambar-gambar masa dia muda remaja, OMG! I pon terperanjat. Jadinya masalah kami sama! So kiteorang pon sibuk nak diet. 

Kebetulan, waktu tu tengah popular product Doctor Rozmey, siapa tak kenal Jusmate5 kan! Kakak ni pon nak try jusmate5. I dengan kawan office lagi sorang pon sibuk nak try jugak. Nak kurus berjamaah la kononnya kan! Tapi kakak tu dengan officemate I yang lagi sorang tu minum memang nampak kurus, tapi I macam takda apa apa pon. So I stop. 

Lepas tu I ada try product Kak Ton, Adam Hawa & Beauty Umairah. Pon sama jugak, takda apa apa perubahan, so I stop jugak. Lepas tu I try pulak meizitang. Masa try meizitang tu memang selera makan jadi down, sebotol I makan berat badan I memang turun lebih kurang 3-4kg. I share la keberkesanan product ni dengan kawan-kawan. Disebabkan I still keep in touch dengan kawan sekolah yang ada problem berat badan jugak, kiteorang pon plan nak order beramai ramai ( dia dengan officemate dia ), sebab kalau order banyak-banyak dapat murah, tapi maybe kiteorang dapat product yang tak original, makan takda apa apa perubahan langsung. So, I stop, tak berani nak order lagi sebab takut kene tipu lagi. Kawan I dengan officemate dia yang makan pon takde perubahan sedangkan sebelum ni diorang order dengan orang lain, berat turun je.

Nak dijadikan cerita, tahun ke 3 keje, I kene masuk Night Shift team, means dalam team tu cuma ada 3 ke 4 orang yang buat night shift secara bergilir gilir. Maknanya, lepas keje night shift 2@3hari, off night shift sehari + off-day 2 hari. Lepas tu akan keje normal shift 1@2 hari. Selalunya time keje normal shift tu, kitaorang akan apply cuti tahunan atau gantikan dengan off-day gantian yang kene keja time public holiday. (Tu lah yang seronoknya keje shift, cuti banyak. Hehehe) Jadinya kadang-kadang sebulan tu sekali je masuk office waktu siang. Korang rasa?? Memang da terbalik la kan dunia?? Rutin I time keje dalam night shift team, balik kerja pagi memang wajib breakfast sebelum balik rumah, lepas tu tido sampai petang. Petang bangun bersiap untuk pergi kerja. Selalunya mesti dinner dulu sebelum masuk office. Midnight pulak kalau lapar, I order Mcd delivery or buat milo makan dengan cheese crackers.



1/9/2011, still lagi staff citibank.

Walaupon banyak cuti, I jarang balik kampong, ada sekali tu I balik kampong, turun je dari kereta, papa I cakap, 
" Gemoknya anak aku " 
I dengar tapi buat-buat tak dengar. Masa tu I tak kecik hati pon, sebab I rasa bapak I ikhlas cakap macam tu sebab anak dia yang dulunya kurus boleh jadi gemok! Memang terngiang-ngiang apa yang bapak I cakap tu.


Pertengahan tahun 2012, I decide to resign. I buat keputusan untuk resign bukan sebab berat badan I naik tau! tapi sebab memang I nak berhenti. Full Stop! So bila da tak keje, I ada banyak masa untuk diri sendiri. Especially untuk turunkan berat badan. Pada mulanya I try search macam macam jenis diet dekat internet. 

Ni dua bulan after I resign. 24June2012. Amek kursus kawen dekat Masjid Negara. 




4 July 2012. Masa ni tengah semangat nak exercise je. Balik kampong pon petang-petang pergi jogging dekat Tanjung Ketapang.

Ni masa 21August2012. Jalan-jalan dengan family kat SG Resik, Muar. Masa ni I tak tahu berat I berapa. But bila zoom in zoom out, I rasa memang 70kg ++

Kemontelan, Ketembaman, Kebulatan. Biarlah gambar berbicara!

Masa mula-mula plan nak diet secara serious, I memilih pruduct Herbalife. Kebetulan ada sorang kawan I ni, dia seorang lelaki yang gemok tiba-tiba boleh kurus dengan Herbalife. So I sangat impress dengan product Herbalife ni, dalam masa yang sama dia jugak adalah agent.  Bila nak beli herbalife baru I tahu berat I dah 75kg! Omg! Okay, dipendekkan cerita, I pon try consume product herbalife ( shake + teamix + aloevera ) + diet + exercises, tapi berat I cuma turun lebih kurang 1 - 2kg sahaja, mungkin sebab terlalu banyak minum air, jadinya I kembung air. So berat air la kot? Wallahualam. But  seriously, I tak nampak pon inchloss masa I consume Herbalife. Sebab I makan tak lama pon, lebih kurang 3 minggu je. Lepas habis shake, I terus stop, tea-mix dengan aloevera pon I tak habiskan! huhuhu. Tapi I masih kuatkan semangat untuk exercise. Setiap hari ( weekdays ) I akan pergi ke gym, squash dan sauna. Bonus untuk I sebab I hanya gunakan condo facilities. 

Dalam masa yang sama, I berkenalan dengan product Alpha Lipid SD2, masa makan alsd2 + diet + exercises, berat I memang turun dengan drastik, 74 kg ke 67kg. Walaupon berat turun banyak, I cuma consume 4 tin je, lepas tu I stop. Sebab masa tu I da dapat kawal cara pemakanan. Nasi memang tak makan walaupon beras perang bagus untuk diet. Memang no nasi time ni! Lama kelamaan memang I tak heran pon kalau tak makan nasi walaupon ramai kawan-kawan yang tak boleh hidup tanpa nasi. But I boleh!

Disember 2012 tu I baru berkenalan dengan herbalife. I makan herbalife tak lama. 3weeks je macam tu. Lepas tu I makan ALSD2. 4 tin. Sampai berat I turun ke 67kg.


Biarlah gambar berbicara! Masa october 2012 tu I belum try Herbalife lagi. berat I 70kg ++ Masa February 2014 tu pulak I memang da kurus.


Selepas tu I terpengaruh pulak dengan set kurus budget Shaklee ( Alfalfa + Herblax + Lecithin ). Makan herblax tu memang bagus sebab tujuannya untuk detox, so dia flush balik apa yang kita makan. Tapi I notice bila I makan Alfalfa selera makan I naik membuak buak, tapi dalam masa yang sama kulit memang cantek. Itu memang tak dinafikan. Disebabkan takda lost kg, I decide untuk stop Shaklee and concentrate with natural diet.


Masa ni muka I still bulat lagi. tengah focus dengan  product shaklee. Berat still 67kg, tak turun tapi kulit memang cantek!



I buat research tentang Atkins Diet. Atkins Diet ni bukanlah satu product okay! Tapi sejenis diet. Apa yang I nampak, Atkins Diet ni sama konsepnya dengan ALSD2, iaitu diet low carbs + high protein  + exercises. 
Sejak berkenalan dengan Atkins Diet,  kerja I dok baca file dalam Atkins group je, apa yang boleh makan apa yang tak boleh. Tapi tak susah untuk I faham sebab I da biasa time minum alsd2 dulu. Disebabkan masa minum alsd2 I memang da biasa tak makan nasi, so I takde problem dengan ATKINS DIET.

Baju yang sama! Baju yang sama! Baju yang sama! Seluar tak sama sebab masa 2013, seluar tu size XL. kalau nak pakai kena pakai belt. Yang 2014 tu I da pakai jeans size 28.

20/06/2013 I starts buat Atkins Diet + exercises, dengan berat permulaan 67kg, turun lagi jadi 62kg. Masa ni ramai yg da notice I kurus, bila I dok post gambar dekat fb, ramai komen I kurus. Happy! FYI, I straight with Atkins sampai bulan Febuary 2014 je.


January 2014. Still with Atkins Diet.  I da dapat berat 60-62kg time ni


Bulan Febuary 2014 tu, I dapat sambung master dekat UM. Jadi, I kena bahagikan masa antara belajar, diet dan exercises. Disebabkan I da pandai control cara pemakanan, I decided untuk diet cara sendiri je. Still low carbs + high protein + exercises, cuma I tak nak mention nama Atkins je. Sebab, bila tak terikat dengan Atkins, I macam 'bebas sikit' Hehehe...

I diet sendiri je till awal tahun 2015, berat I jadi 57kg. But still low carbs. Cumanya nasi memang I da jarang makan. Selalu makan nasi time balik kampong je. Dekat rumah pulak, cuma ade diabetic rice. Kalau orang datang rumah I pon, I akan serve diorang dengan diabetic rice. Hehehe. Tapi I jarang masak nasi. Setahun adalah dua tiga kali I masak. Kalau pergi makan kat luar, jarang jugak minta nasi. Kalau mintak nasi pon makan dua tiga sudu. Sebab selalunya dok ratah lauk sahaja. 

So apa yang I makan kalau tak makan nasi, lepas tu jarang pulak makan malay food kan? Jawapannya I selalu makan Western food, Chinese food, Italian food, Japanese food, Arabian food. I tak prefer Malay food time diet, sebab lauk pauk melayu mana best kalau tak dimakan bersama nasi kan?! 

Tapi! walaupon I tak kisah tak makan nasi, ada satu benda yang I kisah kalau tak makan, DESSERTs! So cheating tu da jadi kebiasaan dalam diary diet I. Hehehe. Lagi satu, bonus juga untuk I, walaupon I cheating makan dessert, Kamal da train dari tahun 2009 untuk minum air without sugar. So I memang tak minum manis. Semua air yg I minum, no sugar atau pon sugar free. Unless I terbabas masuk starbucks mengidam nak minum ice blended. Hehehehe.


April 2014. Da tak buat Atkins Diet. Diet sendiri je.





August 2014. Baru balik Class terus ke BSC



For your information, after all of this diet + exercises, I manage to burn about 18kg sehingga berat I jadi 57kg, walaupon I tak dapat berat 54kg, tapi dari segi fizikal tak jauh beza macam masa mula-mula I masuk UTM tahun 2005 dulu. Kalau dulu-dulu masa zaman kegemilangan kegemukan, uniform I legging je, sekarang I da tak pakai legging, da boleh beli jeans sesuka hati. Size 26/27 ok! Kalau dulu nak try baju atau seluar mesti I minta size paling besar, sekarang tak lagi. Even masa my weight turun secara perlahan-lahan pon I da notice pasal size baju, masa tu still mintak size yang besar kalau nak fitting baju, tapi bila ada perubahan size, I tahulah I da kurus sikit. Hehehe. The best part bila da hilang banyak kg, nak sembahyang da tak rasa sakit! Alhamdulillah Ya Allah.


Aku yang dulu bukan lah yang sekarang..hehehe

Nanti I akan share menu apa yang I selalu makan time I diet menggunakan alsd2 & atkins diet. Kedua dua nya takde beza sebab konsepnya low carbs + high protein + exercises. Selain tu, I jugak akan share exercises jenis apa yang I buat dekat gym. Stay Tune!

No comments:

Post a Comment