11 September, 2015

Perempuan dan Perfume

" People who smell good are automatically more interactive" 

Perempuan dan Perfume memang tak dapat dipisahkan kan?? Macam I! I memang tak boleh hidup tanpa perfume. Kalau diberi pilihan antara Handbag & Perfume, I prefer beli Perfume dulu baru beli Handbag! Hehehe. For me, Kalau cantek mana pon seseorang perempuan tu, kalau ada bau yang tidak menyenangkan, maka hilanglah kecantikannya. 


For this entry, I saja-saja je nak share about my favorite perfume.
I memang hantu perfume. Sejak dari zaman-zaman study degree dekat UTM lagi I memang da suka beli perfume. Tapi masa tu tak mampu nak beli yang branded sangat. Student kan! Masa tu, perfume yang I mampu beli, Body Shop & Avon sahaja. Pakai pon jimat-jimat sebab kalau habis susah nak beli lagi. Kene budget duit kan! Diulangi! Student


Antara koleksi perfume kegemaran I. Yang Lancome tu Kamal belikan I untuk hantaran Kahwin.

Antara perfume Body Shop yang I suka, Oceanus & Aqua Lily. So, masa zaman study, ni la perfume mampu milik yang I mampu beli dan mampu pakai. Hehe. Dua-dua ni da takde da dekat Body Shop, discontinue
Oceanus
Sumber: Google
Aqua Lily
Sumber: Google

Far Away
Sumber: Google

Bila da habis belajar, da start keje dan ada duit sendiri, I still setia dengan Body Shop juga. Tapi masa ni, I dok beli yang Moroccon Rose & Love pulak. Masa I dok pakai dua-dua perfume ni, kawan-kawan dekat office selalu tegur sebab wangi semerbak. Ada kakak ni, siap tanya: 

" Emy pakai perfume apa? " 
( Dia dok teka nama perfume yang mahal-mahal, padahal I pakai perfume mampu milik je)

Kadang-kadang, bila dekat public area contohnya dekat shopping mall atau LRT pon, ada orang yang tidak dikenali tegur:

" You pakai perfume apa? Very nice smell.. "

Sampaikan housemate@ex-schoolmate I pon dok beli perfume yang sama sebab jatuh cinta dengan bau ni. Jangan tak tahu, my sister pon beli jugak. Aduhai! hehehe. Tapi sekarang kalau korang nak cari, memang da takda, sebab perfume Body Shop ni selalu discontinue. Lepas tu keluar yg baru. I attach gambar perfume ni sekali. Tapi gambar ehsan google je, sebab koleksi perfume ni I dah takda. 

Moroccan Rose
Sumber: Google

Love
Sumber: Google

Selain daripada tu, I ada jugak beli Davidoff cool water, sebab bau dia tak jauh beza dengan Oceanus, Body Shop yang da discontinue tu. Jadinya I mencari pengganti untuk buat tukar-tukar. Sebab kalau kita da selalu sangat pakai perfume yang sama, macam da immune, orang lain memang akan notice bau yang best, tapi kita tak bau apa-apa pon.


Davidoff Cool Water
Sumber: Google


Selepas Davidoff, I berkenalan pulak dengan perfume lain. Masa tu ada perfume fair dekat tempat keje, semua perfume ada less gila-gila. Masa tu my office-mate memang dok beli banyak perfume. Tapi I beli satu je. Sebab I kalau perfume memang memilih, kalau bau tu best, memang I beli. Kalau tak, memang takkan beli walaupon ramai orang lain dok pakai. Nak dijadikan cerita, I ternampak satu perfume dekat perfume fair ni, tinggal satu Okay! I try sembur dekat tangan, lepas tu I letak balik kekonon nak jalan-jalan tengok perfume lain, sekali bau perfume tadi melekat dekat I, OMG! bau dia sedap sangat. I pon patah balik dekat perfume tadi, tapi dah ada orang lain yang pegang,  dia try, then dia letak balik, I terus amek! hehe.. Rezeki I. Alhamdulillah. Kalau tak silap I beli Harga Rm90 je after 70% less. Kakak dekat office cakap, 
" Ni bau Datin-datin " 
Nak tahu perfume ape? Taraaaaa!! Idylle by Guerlain. Tapi ni perfume botol ke 6 yang I dah beli. Mula-mula tak tahu mana nak cari perfume ni, sebab tak semua tempat ada. Tapi sekarang senang dah nak cari, ada dekat Isetan KLCC, Parkson, Pavillion & Sephora. Harga berapa? Bawah Rm500. Tapi kalau you all nak beli dekat sephora, diorang tak jual yg 100ml, semua yang kecil 75ml, sebab diorang cakap yang kecil pon harga da dekat Rm400, so diorang tak jual yang 100ml. Jadinya kalau nak beli, I beli dekat Isetan or Parkson. I siap-siap sertakan conversation masa I kene puji dengan seseorang yang tidak dikenali disebabkan oleh Idylle Guerlain ni.

Dia: That smell is perfume or what?
I: Mmmm...(tengok kiri kanan, takde orang) My perfume la kot. Kuat sangat ke bau dia?
Dia: Ya, but very nice. I wish I can smell this all day..I believe your bf/husband love this smell very much.
I: I tak boleh bau dah. Da lama sangat pakai.
Dia: Da immune la. Anyway, are u mix?
I: My parents. You?
Dia: I'm Chindian. What's your name
I: Emy. You? ( dia bagitahu nama, I pon terus mintak excuse. Nanti termelarat pulak sembangnye )
* People who smell good are automatically more attractive!!! *

#myfavoriteperfume #guerlain #idylleguerlain #peoplewhosmellgoodareautomaticallymoreinteractive

Idylle Guerlain EDP


Masa tahun 2012, Kamal belikan I perfume for my birthday. Dia belikan I Allure sensuellle by Chanel. Dia kata bau ni sangat lemak dan menggoda. Kebetulan bila da sembur dekat badan, bau dia semerbak, I pon terus jatuh hati. So ini pon antara perfume yang harus beli bila da habis. Tapi Chanel ni, takda jual set, dia memang jual sat-satu. Very exclusive kan? Harga pon below Rm500 untuk 100ml. Taraaa!! 

Allure Sensuelle Chanel EDP


Lepas tu, kalau jalan-jalan dekat shopping mall, ramai yang dok promote set perfume kan. I ni bukan yang jenis mudah terpedaya, macam yang I cakap, kalau tak berkenan, kena desak macam mana pon I takkan terpengaruh. Tapi dengan yang ni I kalah, Signorina Salvatore Ferragamo. Bau dia macam mana? Bau rose!! Mula-mula sembur memang macam takda apa-apa, after 1-2 minit, aduhai bau rose dia sangat membuai-buai.

Signorina Salvatore Ferragamo EDP



Masa birthday I this year, Kamal belikan I perfume without my permission. Selalunya kalau nak beli perfume, wajib kiteorang pergi sama-sama. Tanya each other, okay tak? kalau okay, baru beli. Tapi yang ni dia beli suprise la konon. Mulanya I memang tak suka bau ni, sebab bau sabun. I memang dari dulu tak suka perfume yang ada bau sabun ni. Lepas tu I dok google, rupanya bau macam sabun tu sebab dia ada campuran Orange Blossom. But, perfume ni actually essence of seduction, ada campuran jasmine dan cedar-wood base, jadinya memang boleh masuk dengan I. So, I suka pakai buat tukar-tukar. 

"Thanks Pa, Sorry sebab mula-mula I tak appreciate apa yang You bagi. I Love You!"

Love Story Chloe EDP



Sebelum Raya Aidilfitri yang lepas, I ada pergi beli Idylle perfume sebab botol yang ada, da nak habis, masa tu, I dapat free 1ml tester La Petite Robe Noire, ada dua, satu EDT, satu lagi yang Couture.

I dapat free tester 1ml La Petite Robe Noire EDT & Couture 

Kalau You all nak tahu bau dia macam mana, boleh refer the notes.
Kalau You all nak tahu bau dia macam mana, boleh refer the notes.
Kalau You all nak tahu bau dia macam mana, boleh refer the notes.


Masa tu I'm really in love dengan short gown yang takda lengan tu. Bila da try tu, bau dia sentiasa terbayang bayang, dalam hati I cakap,

I'll get it one day... "

Finally, Yesterday, 10/09/2015, the perfume was already in my hand! Taraaa!!

My 1st La Petite Robe Noire EDT


Selain daripada tu, I juga ada Red Musk perfume by Body Shop. Perfume ni I beli selepas bertahun I tak berkunjung ke Body Shop. Yela, my favorite perfume Morrocan Rose & Love da takda, nak cari apa lagi kan. Kecik Hati kite taw! Hehehe. Tapi yang ni memang I in love jugak la, sebab dia punya trade mark Scandal in a Bottle. Dia takda bau bunga langsung, just a bold blend of musk and spice. Its spice things up!

Red Musk EDP
Sumber: Google


Selain daripada tu, I jugak ada beli perfume Precious by Che Ta! I beli sebelum raya. Masa balik kampung, I dok tunjuk dekat my sister, dia terbekenan. So, I jual la dengan dia. Now, I tengah dok order lain. Hehe. Perfume Che Ta ni boleh tahan wanginya! Semerbak! Lagipon harga mampu milik. Student pon boleh pakai okay!

Precious By Che Ta EDP
Sumber: Google

No comments:

Post a Comment