Nasi Goreng Petai Seafood ni memang I da lama aim nak buat. Nak dijadikan cerita, masa I berkunjung ke rumah bakal mertua my sister dekat Kahang, Kluang, ternampak banyak orang dok jual petai tepi jalan. So masa on the way back to KL, I pesan dekat bakal abang ipar I, nak singgah beli petai. Makanya, cita-cita I nak buat nasi goreng petai berjaya. Sapa nak try boleh la try ya!!
Nasi Goreng Petai Seafood |
Bahan-bahan ( untuk dua orang makan )
- Bawang merah kecil ( 6 biji : Parut atau kisar)
- Bawang putih ( 4 ulas : Parut atau kisar )
- Udang kering ( 1 sudu besar : Parut atau kisar )
- Cili padi ( ikut tahap kepedasan : Tumbuk atau kisar)
- 2 Sudu besar Olive oil ( untuk menumis )
- 2 Cawan kecil Nasi putih ( I guna beras bird paradise extra grain, low starch )
- Petai ( 100g )
- Sotong ( 6 ekor, potong dan rendamkan dalam air panas, tujuannya supaya air sotong tidak keluar semasa menumis dan menyebabkan nasi goreng menjadi basah )
- Udang ( 16 ekor )
- Telur 2 biji
Cara-cara:
- Tumiskan bahan 1,2,3,&4 dalam api sederhana dengan menggunakan olive oil sehingga bahan-bahan tadi agak garing
- Masukkan sotong diikuti dengan udang dan kacau rata
- Masukkan petai dan kacau rata
- Masukkan nasi, kacau rata sehingga nasi tergoreng dengan rapi, perasakan dengan garam
- Goreng telur mata dan makan bersama sama
- Taburkan cili potong sekiranya mahu lebih pedas lagi
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment