Pernah tak You All makan kat luar, lepas tu dalam hati terdetik, "sedapnya! macam senang je! nanti nak try la bila senang nanti!" I ni memang selalu makan kat luar, suka jugak la tengok-tengok menu pasta time nak memilih makanan for myself.
Tips yang I nak share untuk resipi ni, ada dua.
1. Masak Air menggunakan kettle untuk menjimatkan masa. ( Jadi, tak perlu tunggu air mendidih )
2. Panaskan oven 10 minit sebelum masukkan udang.
|
Creamy & Spicy Angel Hair With Grill Prawns On Top
Picture from my account at letsmasak.com |
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih di parut
- Beberapa helai daun kari
- 4 biji cili padi di potong ( mengikut tahap kepedasan )
- Satu biji jagung ( potong isinya sahaja )
- 200 ml whipping cream brand emborgh
- 300g udang segar
- Secubit garam
- 2 sudu besar salted butter
- 2 sudu besar chili powder
- Angle hair ( brand kimball )
- 1 sudu kecil olive oil
Cara-cara:
- Didihkan air, masukkan secubit garam dan satu sudu kecil olive oil, kemudian masukkan angle hair lebih kurang 2-3 minit dan toskan.
- Tumis bawang putih dengan menggunakan 1 sudu salted butter, masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Selepas itu masukkan hirisan jagung.
- Selepas satu minit, masukkan whipping cream dan perlahankan api, terus masukkan angle hair. Gaul sebati, boleh masukkan secubit garam jika tidak masin. Siap!
- Lumurkan udang segar dengan salted butter dan cili powder. Grill di dalam oven pada suhu 150 - 200 sehingga udang masak. (lebih kurang 15minit)
- Hidangkan creamy angle hair dan letakkan udang dibahagina atas.
Selamat Mencuba!!!
|
|
No comments:
Post a Comment