14 September, 2015

19 jenis Satay!

I bukan peminat satay. Tapi tak bermakna I tak makan satay. Makan memang makan! cuma tak minat. Tapi sejak kenal dengan my fiancee, Kamal, dia ni jenis yang suka makan daging, jadinya selalu juga dia craving for satay. 

Tapi, agak cerewet la, sebab dia mencari original satay zaman dulu-dulu yang semerbak dengan rasa rempah-rempah dan aroma daun serai. So far, memang belum jumpa lagi. Lebih-lebih lagi satay zaman sekarang ni, semua manis-masis sebab diorang letak gula/air gula. 

Boleh dikatakan semua satay yang orang jual sekarang semua manis. Lepas tu, kuah pon manis! Ada kakak dekat office I dulu, rekemen I pergi Satay Station dekat Ampang, 1st thing yang I tanya, 

" Manis tak kak? " 

Kakak tu jawab, 

" Satay sekarang kalau tak manis, tak sedap,orang pon suka manis-manis! "

Hah! amek kau sebijik. Hehehe. Yela, tujuan I tanya manis ke tak sebab kalau manis, sedap macam mana pon, memang Kamal tak suka. Memanglah selera orang lain-lain kan. Hehe. Lagipon Kamal ada diebetis. Mana boleh makan manis. Naiklah blood sugar dia nanti. Tapi dalam pada tu, banyak juga satay yang kiteorang cuba. Antaranya Satay KL, Satay Station Ampang, Satay Kajang Haji Samuri, Zam Zam Satay House, Satay Willy dan Satay Emas Kajang. 

Antara semua kedai satay tu, I suka pergi Satay KL & Satay Kajang Hj Samuri. Nak tahu kenapa? Sebab diorang bagi kuah kacang plus sambal. Tapi Satay KL tu servis diorang tak bagus, nak mintak extra sambal pon lambat, kadang-kadang tak dapat langsung. So, I pon tak suka nak pergi. Lebih-lebih lagi bila Satay Kajang Hj Samuri da banyak outlet kan, so tak payah la pergi kajang untuk makan satay. So, I selalu pergi Satay Kajang hj Samuri dekat Uptown Damansara. Sebab dekat dengan rumah kan! Lagipon lebih comfortable dan selesa. Satay yang lain-lain tu I tak berapa suka, tak kena dengan selera I.

Oh ya! minggu sudah, kiteorang pergi Satay Willy semata mata nak cari satay tembusu, tapi takde pon. Orang dekat Food Jucntion Sg Ramal tu ramai sangat yang queue up for satay willy. Masa I up status dekat fb yang I pergi satay willy, kawan I komen: 

" Rindunya nak makan satay willy, satay willy memang lagi best dari satay kajang. "

Sebab tu I cakap selera orang tak sama. Unfortunately bukan selera I dengan Kamal. Sebab satay kat sana agak keras jika dibandingkan dengan satay kajang hj samuri. Contohnya satay perut, sebelum ni satay perut yang I makan lembut je, tapi yang kiteorang dapat tu keras! Wallahualam.


Berbalik kepada satay tembusu tadi, dah hampir 6 tahun Kamal cari Satay Tembusu ( usus lembu ). Tapi tak jumpa-jumpa. Satay perut selalu la jumpa. Setiap kali pergi kedai satay, memang dia cari tu, kesian pulak I tengok. Sampai I cakap dengan dia, beli la usus dekat pasar, I try buat refer buku resipi. Hehe. Nak dijadikan cerita, kawan fb I, Syima, dia pon suka makan satay tembusu ni, dia rekeman kiteorang makan dekat Satay Emas Kajang. Sedap katanya! Dia dengan Mak selalu pergi situ sebab semua satay ada. 19 jenis satay. 

19 jenis satay!
Semalam, lepas berjalan-jalan dekat Colmar dengan Kamal dan 3 orang adik I, kiteorang berlima terus menuju ke Kajang, nak makan Satay. So kiteorang terus set gps ke Medan Satay Kajang. Dekat Medan Satay tu, ade dua kedai je yg bukak, satay kajang Haji Zamzuri & Satay Emas Kajang. Satay Hj Zamzuri tu takda orang langsung. Wallahualam.

Satay Emas Kajang


I sebenarnya tak terigin pon nak makan satay, tapi I tak sempat nak cakap dengan Kamal jangan order banyak-banyak, sebab I tak nak banyak, dan I tahu, adik-adik I yg bertiga tu pon jenis cepat kenyang. Tapi lepas je I keluar toilet, dia da order 70 cucuk satay. Hahaha. Sabar je la. 
20 cucuk satay tembusu ( banyak kan? padahal yang nak makan dia sorang je! )
20 cucuk satay ayam ( kalau kiteorang datang berdua je, tak pernah mintak satay ayam )
10 cucuk satay daging
10 cucuk satay kambing
10 cucuk satay burung unta
I cuma tambah 5 cucuk satay rusa je.

Satay Ayam, Burung Unta, & Daging

Pinggan sebelah kanan tu, Satay Tembusu, Kambing & Rusa

Kuah satay & sambal

I cuba jugak nak makan satay tembusu tu, tapi tak boleh nak telan. Tak jadi I nak try.

" Sorry Pa, I cuba tapi tak boleh. This is not because, tak mati pon kalau rasa, tapi memang tak boleh nak telan. Sama jugak keadaan macam ada orang tak boleh nak makan durian, ikan keli, ikan siakap, dan lain-lain. "

Akhirnya, selepas semua orang kenyang, masih ada balance lebih kurang 20 cucuk satay lagi. So, yang lebih tu kiteorang tapau suruh Nabila bawak balik rumah, mungkin budak-budak rumah sewa dia boleh habiskan nanti. Wallahualam.

Lepas je hantar adik-adik I balik rumah, I terus cakap dengan Kamal, lepas ni kita tak payah la cari satay lagi. Tengok satay banyak-banyak tadi I macam muak. Kamal gelak. Kamal cakap, dia pon sama. Yang penting dia da dapat makan satay tembusu. Sedap tak sedap belakang cerita. Manis memang manis. Kuah pon memang manis nak dibandingkan dengan satay Hj Samuri tu. Kalau You All tanya I satay apa yang best antara semua ni, I still prefer Satay Kajang Hj Samuri. 
Tapi kalau korang nak try 19 jenis satay ni, silalah! Tak rugi mencuba, mana tahu sesuai dengan citarasa! 



No comments:

Post a Comment