11 September, 2015

Nasi Goreng Sambal Belacan

Selalunya bile craving for nasi, yang terbayang dalam kepala I hanyalah nasi goreng with a lot of udang. I memang suke sangat udang! Kali ni I nak share resipi mudah Nasi Goreng Sambal Belacan


Lebih-lebih lagi sekarang ni da banyak jual sambal belacan paste dekat supermarket dan pelbagai jenama. Boleh pilih ikut selera masing-masing! Yang I guna ni, I tak ingat jenama ape, tapi dia dalam botol kaca.

Nasi Goreng Sambal Belacan
Picture from my account at letsmasak.com


Bahan-bahan: ( untuk dua orang makan )
  1. 1 mangkok nasi putih
  2. 4 biji bawang merah kecil dihiris halus
  3. 4 ulas bawang putih dicincang halus
  4. 2 sudu besar minyak zaitun untuk menumis
  5. 15 ekor udang
  6. 3 sudu sambal belacan paste ( ikot tahap kepedasan )
  7. 100 gram broccoli
  8. 1 biji telur
  9. Garam secukup rasa
Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak zaitun sehingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan paste. Tumis sehingga agak garing.
  3. Masukkan udang. Biarkan sehingga udang masak.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata. Kemudian masukkan brocolli.
  5. Masukkan garam sekiranya tidak masin.
  6. Goreng telur dan letakkan di atas nasi goreng seperti dalam gambar.

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment