Prawn And Watermelon Salad Picture from my account at letsmasak.com |
Bahan-bahan:
- Setengah biji tembikai merah
- 200g udang segar
- Daun pudina
- Beberapa rumpun daun parsley
- Almond slices
- Garam
- Serbuk lada hitam
Cara-cara:
- Rebus air, masukkan secubit garam dan satu sudu minyak zaitun, selepas air mendidih masukkan udang segar yang telah dikupas kulit.
- Selepas 1-2 minit, angkat udang tadi dan toskan.
- Dengan menggunakan melon scoop, bentukkan tembikai merah menjadi bulatan kecil
- Gaulkan tembikai merah yang telah dibentuk bulat bersama dengan udang, daun pudina, daun parsley, lada hitam.
- Taburkan almond slices di bahagian atas seperti dalam gambar.
- Sedia untuk dihidang.
Tips:
Untuk memudahkan dan lebih menjimatkan masa, kita boleh memanaskan air terus dari kettle, apabila air dari kettle telah mendidih, terus masokkan ke dalam periuk.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment