21 October, 2015

Tips Diet High Protein dan Low Carb

Okay, seperti yang dijanjikan, hari ni I akan share tips diet semasa I mengamalkan Diet High Protein Low Carb.


Minum air putih atau air yang tidak mengandungi gula
Semenjak I mengenali tunang I yang menghidap diabetes pada pertengahan tahun 2009, sememangnya I sudah dilatih untuk minum apa sahaja air tanpa gula. Kalau terasa nak minum air buah, semuanya akan diminta tanpa gula. Tapi kebiasaannya, apabila makan diluar, I akan minta air mineral / air suam /  ais kosong / teh O kosong / teh O ais kosong. Sekiranya I inginkan kelainan, I akan minta coke light ataupun pepsi light. Jadi takda la boring sangat dan rasa terlalu terbeban dengan diet kan? Sekarang ni, terlalu banyak pilihan soft drinks yang zero calories (no sugar)

Antara stock air yang mesti ada dalam peti ais. No sugar! 


Air Halia
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat halia untuk kesihatan. Tapi tak semua orang boleh minum air rebusan halia ni. Disebabkan semangat untuk kurus tu masih membuak-buak, hampir sebulan jugak I mengamalkan minum air rebusan halia. Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya didihkan hirisan halia dalam air mendidih sehingga air tadi bertukar warna. Itu sahaja. Ada orang yang memasukkan gula / gula batu. tetapi disebabkan I mengamalkan minum air tanpa gula, I gantikan dengan stevia. Selalunya, I akan minum air halia pada waktu pagi semasa ianya masih suam.  


Jus pegaga
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat daun pegaga untuk kesihatan. Dalam sajian melayu, pegaga selalu dijadikan ulam. Tetapi, disebabkan I tidak makan nasi, I memilih untuk meminum jus pegaga. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Hanya blend daun pegaga dengan air sejuk ( air masak yang telah disejukkan di dalam peti ais ), di tambah dengan sedikit garam ( optional ) dan lemon ( optional ). Selepas di blend, I terus minum tanpa menapis. Selalunya I hanya minum jus pegaga tanpa meletak garam ataupon lemon. Ada sesetengah orang minum jus pegaga yang dikisar bersama peria katak. Yang tu, I memang tak boleh minum sebab I tak tahan rasa pahit. I mengamalkan jus pegaga ni lebih kurang dua tahun setiap pagi.

I selalu beli daun pegaga untuk stock seminggu di pasar Kampung Baru. Setiap kali membuat jus pegaga, I akan menggunakan Seikat untuk dua gelas jus pegaga
Daun pegaga dan peria katak
Jus pegaga yang I minum setiap pagi

Menulis setiap apa yang dimakan didalam diary makanan termasuk lah " cheating food "
Yang ni tips Semasa mengamalkan Atkins Diet, I akan tulis setiap apa yang I makan semasa breakfast, lunch dan dinner, termasuklah cheating food. Selain itu,  I juga menulis jenis-jenis exercises yang I buat semasa dekat gym dan berapa lama masa yang I luangkan untuk exercise setiap hari. Disamping itu, I juga akan membuat catitan berat badan I setiap hari. 

Contoh catitan Food Diary
Contoh catitan Food Diary


Sauna / Steam Room
I mengamalkan sauna selepas melakukan senaman di gym. Selepas lebih kurang satu jam setengah di gym, I akan terus pergi ke sauna. Bonus untuk I kerana I hanya menggunakan condo facilities. Logiknya disini, supaya peluh yang keluar semasa di gym akan keluar secara continuously semasa di dalam sauna. Selain sauna, boleh juga menggunakan steam room.



Green Juice
Sekiranya I tidak berkesempatan membeli daun pegaga di pasar, I akan menggantikan dengan meminum green juice. Cara penyediaan green juice juga sangat mudah. Hanya blend sayur yang sesuai untuk dibuat juice mengikut citarasa dan ditambah dengan satu jenis buah kegemaran. Selalunya I menggunakan sayuran seperti Celery / Baby Spinach  & lettuce. Buah-buahan yang I selalu gunakan pulak seperti avocado / green apple / pisang & pear. 

Contoh green juice yang telah siap. I menggunakan baby spinach + celery + pear.

Baby Spinach + Celery + Avocado
Jus Baby Spinach + Celery + Avocado

2 comments:

  1. Good sharing Emy..
    Selamat ber diet.. semoga diet yg diingini tercapai..
    Kipidap..
    Dongibab..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Hayati. My weight sebelum tergemok 53-55kg. Tergemok jadi 74-75kg. Now maintain 57-60kg. Tak boleh nak turun lagi dah you. Takat tu je. Hehe

      Delete