28 February, 2011

To My L♥VE

" Ya ALLAH..Andai nye dye baik untukku demi DUNIAku dan AKHIRATku, maka kau satukanlah kami dalam istilah cinta yang berakhir dengan ikatan yang suci..andainya dye tidak baik untukku demi DUNIAku dan AKHIRATku,maka PISAHKANlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan islam.. Amin ya Rabbal Alamin "

Seorang yang bernama lelaki
andainya satu hari nanti
kita ditakdirkan bersama
melayari bahtera kehidupan
usah kau mimpi selaut sutera kehidupan
usah kau igau kasih sayang menggunung tinggi
juga usah kau harapkan
kesempurnaan yang mutlak dari diriku...

Akuilah hakikat yang tersurat
aku bukan SITI KHADIJAH
mahupun permata SITI FATIMAH
aku bukannya SITI AISYAH
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH
wanita suci terpuji
juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM...
MARSHITAH..ataupun UMAIYAH...
mahupun UMMUL MUKMININ yang lain...

Kau yang bernama lelaki
mengertilah dengan waras keislaman aku hanya wanita akhir zaman
cuba mempertahankan maruah serta kesucian diri
sebagai MUSLIMAH berlandaskan garisannya...

Kau yang bernama lelaki
demi keranaNYA semata-mata
tak Ku tagih apa-apa darimu
bukan Ku pinta harta menggunung tinggi
cuma Ku pohon sebuah pengertian
kasih sayang suci
bahawa AKU adalah amanah untuk diri Mu...
sekiranya kita di takdirkan bersama...

2 comments:

  1. Hi Emy, I like your header title.
    Good for you.
    Best regards.
    And keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete