11 September, 2015

Fried Glass Noodles With A Lot Of Seafood And Vegetables

Asyik masak mee goreng je, mee hoon goreng je, kuew tiaw goreng je, apa kata cube Fried Glass Noodles pulak? Jom try resipi ni! Simple je. Sebelum nak masak, kene sediakan bahan-bahan dulu, tips untuk resipi ni ialah:
Didihkan air dalam kettle dan tuangkan ke dalam bekas sotong segar. (supaya bila masak air sotong tak keluar dan merosakkan resipi tu. Kadang kadang, kite terlupe nak rebus dulu sotong tu, sehingga menu yang sepatutnya kering jadi basah)


Fried Glass Noodles With A Lot Of Seafood And Vegetables
Picture from my account at letsmasak.com


Bahan-bahan:
  1. 4 sudu besar olive oil
  2. 8 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
  3. 6 ulas kecil bawang putih (dicincang halus)
  4. 4 biji cili padi (dipotong)
  5. 200gram glass noodles yang telah direndam
  6. 10 ekor sotong
  7. 6 ekor udang harimau (dibuang kulit )
  8. 3 sudu besar maggie seasoning
  9. 1 biji jagung muda dihiris
  10. Satu mangkok kecil taugeh
  11. 10 biji green peas
  12. Satu mangkuk kecil daun pudina
  13. Secubit garam
  14. Serumpun lettuce (hiasan)

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi menggunakan olive oil sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang & sotong. Biarkan masak dan masukkan Maggie seasoning.
  3. Masukkan glass noodles. Kacau rata. Masukkan hirisan jagung muda, taugeh, green peas.
  4. Masukkan daun pudina dan kacau rata sekali lagi.
  5. Masukkan secubit garam.
  6. Hiaskan daun lettuce di atas pinggan sebelum memasukkan makanan yang digoreng tadi. (seperti dalam gambar)

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment