18 December, 2015

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon
Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Bahan-bahan untuk Fried Soba:

  1. Soba ( refer gambar )
  2. Hirisan capsicum kuning setengah biji ( size sederhana )
  3. Hirisan bawang besar setengah biji ( size sederhana )
  4. 2-3 sudu besar olive oil
  5. 2 sudu besar sesame oil
  6. 1 sudu kecil serbuk black pepper
  7. Garam secukup rasa
  8. Smoked Salmon satu packet ( dihias atas pinggan seperti dalam gambar )
  9. Avocado dipotong kiub dan terus dicurah dengan perahan air lemon supaya warnanya kekal hijau  dihias atas pinggan seperti dalam gambar )


I guna satu ikat Soba sahaja seperti dalam gambar

I gunakan Soba jenama Aeon


Bahan-bahan Salmon Steak:

  1. Satu keping Norwegian Salmon di potong dua
  2. Salted butter dicairkan menggunakan microwave
  3. I sudu kecil black pepper


Cara-cara menyediakan Fried Soba:

  1. Didihkan air dan masukkan Soba lebih kurang 3-4minit, kemudian angkat Soba tadi terus dicuci/direndam dalam air biasa/sejuk.
  2. Panaskan pan/kuali, tumis hirisan capsicum dan bawang merah menggunakan olive oil seketika. ( tidak perlu terlalu lama sehingga garing atau hangus )
  3. Masukkan Soba dan kacau rata, masukkan black pepper, diikuti dengan sesame oil.
  4. Perasakan dengan garam ( tidak perlu terlalu banyak kerana sesame oil sudah mempunyai rasa masin yang tersendiri )
  5. Sedia untuk dihidang ( refer gambar )


Cara-cara menyediakan Salmon Steak:

  1. Susun Salmon di atas aluminium foil ( refer Gambar )
  2. Ratakan keseluruhan salmon dengan salted butter yang telah dicairkan dan black pepper.
  3. Masukkan dalam oven pada suhu 200 selama 20minit
  4. Sedia untuk dihidang ( refer Gambar )


Susun Salmon di atas aluminium foil
Salmon yang baru sahaja keluar dari oven

Selamat Mencuba!!!

16 December, 2015

Oven Baked Lobster with cheese

Oven Baked Lobster

Oven Baked Lobster
Oven Baked Lobster
Oven Baked Lobster sebaik sahaja keluar dari oven

Bahan - Bahan:

  1. 1 ekor lobster dibersihkan dan dibelah dua
  2. Salted Butter di cairkan
  3. 5 ulas bawang putih di parut
  4. Fresh Parsley di cincang halus
  5. Red capsicum dihiris halus ( di goreng dengan minyak zaitun seketika )
  6. Bawang besar dihiris dadu ( di goreng dengan minyak zaitun seketika )
  7. Grated Mozzarella Cheese
  8. Lemon wedges (  diperah ke atas lobster sebelum makan )


Cara - cara :

  1. Letak lobster yang telah dibelah dua ke dalam tray yang telah di balut dengan aluminium foil ( refer gambar )
  2. Letakkan salted butter yang telah dicairkan di atas keseluruhan bahagian lobster
  3. Masukkan ke dalam oven pada suhu 200 selama 15-20minit
  4. Keluarkan dari oven
  5. Letakkan parutan bawang putih di atas isi lobster, diikuti dengan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng, diikuti dengan hirisan halus fresh parsley dan diakhiri dengan grated mozzarella cheese. ( refer gambar )
  6. Masukkan semula ke dalam oven pada suhu 200 selama 15minit
  7. Keluarkan dari oven da sedia untuk dihidang
  8. Untuk side dish, boleh ikut citarasa masing-masing. ( I sediakan kidney beans yang telah direbus lembut dan grill capsicum sebagai side dish )


lobster yang telah dibersihkan dan dibelah dua

Letak lobster yang telah dibelah dua ke dalam tray yang telah di balut dengan aluminium foil. Letakkan salted butter yang telah dicairkan di atas keseluruhan bahagian lobster

Letakkan parutan bawang putih di atas isi lobster, diikuti dengan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng, diikuti dengan hirisan halus fresh parsley dan diakhiri dengan grated mozzarella cheese


Selamat Mencuba!!!







13 December, 2015

Lemak Cili Api Ketam Telur Masin

Lemak Cili Api Ketam Telur Masin


Lemak Cili Api Ketam Telur Masin



Lemak Cili Api Ketam Telur Masin

Bahan-bahan: 

  1. Fresh santan dua bungkus
  2. Kunyit hidup 3 - 4 inchi di blend
  3. Cili api hijau 17biji, Merah 5biji ( boleh lebih ikut tahap kepedasan ) di blend
  4. Hirisan daun kunyit
  5. Telur masin 2 biji, dilenyekkan guna garfu putih&kuning
  6. Ketam 2 ekor
  7. Asam keping/air asam/pati asam jawa ( I lupa nak letak )

Cara-cara:

  1. Panaskan santan didalam periuk/kuali dengan api sederhana.
  2. Masukkan cili padi & kunyit yang telah di blend.
  3. Kacau perlahan lahan sehingga didihan kecil lalu masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi dan terus kacau laju².
  4. Tunggu seketika, masukkan ketam dan hirisan daun kunyit.
  5. Tutup periuk/kuali sehingga ketam masak.
  6. Tambahkan sedikit garam.
Bahan-bahan yang digunakan

Ketam. Beli dekat Aeon Jusco. Live Mud Crab

Ketam. Beli dekat Aeon Jusco. Live Mud Crab
Belum masak lagi ni! Tunggu mendidih dulu.

Siap!


Selamat Mencuba!!!

Meatball Carbonara Cheese

Meatball Carbonara Cheese


Meatball Carbonara Cheese

Meatball Carbonara Cheese


Bahan-bahan:


  1. 12 biji meatball / lebih, digoreng ( I masukkan dalam Air Fryer )
  2. 2 sudu besar olive oil ( digunakan untuk menggoreng )
  3. Capsicum Merah dan Kuning di hiris kasar ( Digoreng menggunakan olive oil )
  4. 1 biji bawang besar di hiris kasar ( Digoreng menggunakan olive oil )
  5. 1 tin carbonara sauce jenama prego
  6. 200ml susu segar
  7. 1 susu besar lada hitam
  8. Mozzarella cheese  ( I letak satu packet tu habiskan! )


Cara-cara:

  1. Masukkan meatball yang telah digoreng ke dalam bekas
  2. Masukkan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng tadi ke dalam bekas berisi meatball tadi
  3. Panaskan pan, masukkan 1 tin carbonara sos, biarkan seketika, masukkan susu segar dan 1 sudu besar lada hitam.
  4. Kacau sehingga didihan kecil dan masukkan ke dalam bekas berisi meatball tadi.
  5. Taburkan Mozzarella cheese di bahagian atas ( lagi banyak lagi sedap! )
  6. Bakar di dalam oven pada suhu 200 selama 10-15minit


Bahan-bahan yang digunakan
Goreng hirisan capsicum dan bawang besar
Masukkan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng tadi ke dalam bekas berisi meatball tadi
Panaskan pan, masukkan 1 tin carbonara sos, biarkan seketika, masukkan susu segar dan 1 sudu besar lada hitam.
Kacau sehingga didihan kecil dan masukkan ke dalam bekas berisi meatball tadi.
Taburkan Mozzarella cheese di bahagian atas ( lagi banyak lagi sedap! ) I letak satu packet tu habiskan!


Selamat mencuba!!!

09 December, 2015

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic & Thinly Sliced Ginger

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger


Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger

Bahan A:
  1. Minyak bunga matahari untuk menggoreng
  2. 4 ulas bawang putih dicincang halus
  3. inch halia dihiris nipis dan halus
Bahan B:

  1. 200gram ikan dory yang dipotong kiub ( I beli memang yang da siap potong in cube )
  2. 1 biji broccoli ( di potong kecil )
  3. 4 ulas bawang putih di cincang halus
  4. 1 sudu besar udang kering
  5. Hirisan capsicum merah & kuning
  6. Hirisan halus leek ( setengah batang )
  7. Hirisan lada cili 2 batang ( sekiranya mahu pedas boleh ditambah )
  8. 4 sudu besar minyak bijan untuk menumis dan 2 sudu besar untuk di letakkan sebelum mematikan api
  9. Garam secukup rasa
  10. Hirisan daun bawang sebagai hiasan


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng bawang putih yang telah dicincang halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
  2. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng hirisan halia yang telah dihiris nipis dan halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang telah dicincang halus dan udang kering seketika
  2. Masukkan hirisan leek dan hirisan capsicum dan kacau seketika
  3. Masukkan ikan dory sehingga separa masak.
  4. Masukkan broccoli dan tutup kuali sehingga ikan dan broccoli tadi masak.
  5. Tambahkan 2 sudu minyak bijan dan sedikit garam. ( garam tidak perlu terlalu banyak kerana minyak bijan sudah menghasilkan rasa masin yang tersendiri )
  6. Sedia untuk dihidang seperti dalam gambar.
  7. Taburkan bawang putih & halia yang telah digoreng tadi ke atas ikan dory.
  8. Taburkan daun bawang seperti dalam gambar.

Selamat Mencuba!!!

22 November, 2015

Sambal Tumis Petai, Lemak Pucuk Labu dan Ikan Kerisi Goreng

Minggu sudah, my sister masak sambal ikan bilis petai, lemak pucuk labu dan ikan kerisi goreng.Masa dia send gambar dekat whatsapp group, I dekat One Utama Shopping Mall dengan Kamal, tengah makan dekat Nyonya Colors. Masa tu geram je tengok gambar tu, memang da lama nak masak sambal ikan bilis, tapi malas nak buat sebabbujang kan. Menu ni sedap masak kalau ramai-ramai dan makan satu family. Tambahan pulak, kalau da masak sambal ikan bilis, mesti kene masak nasi. I pulak nak kurangkan makan nasi. (walaupon I guna diebetic rice). Dengan muka tak malunya, I pon offer diri sendir untuk datang rumah dia. Hehe. Nasib kakak I masak lebih. Memang rezeki I dengan Kamal. Lagipon selain nak datang makan, memang niat I nak datang santai-santai, sebab kakak I baru sahaja pindah ke Shah Alam lepas kahwin. Kebetulan jugak, I memang nak bagi something for my nepnew. Da janji nak belikan something for him, sebab adik-adik dia dapat gelang. I pon terus singgah belikan dia hat dekat Heart Attack. Sampai je rumah my sister, my nephew tanya, 

'Apa tu Mami, hadiah ke?'
Hehehe. Nasiblah I belikan? kalau tak mesti dia frust! Nasiblah Mami sayang Dadan, Nia dan Ara taw! 

Lepas perut da kenyang, I pulak tanya bila kakak I dan family nak datang rumah. Budak-budak pon memang dah lama nak mandi swimming pool. 

Tak lama lepas tu, I dan Kamal pon decide nak balik, sebab kakak I pon nak keluar pergi Mydin Subang. I pon nak ke MIdvalley. Sebelum balik tu, Kakak I da confirm nak datang next saturday. Tapi I da bagitahu awal-awal I tak pandai masak lauk-lauk melayu macam dia. Hehe. ( Nak tahu I masak apa? Jangan lupa baca enrty ni sampai habis! )


Sambal Tumis Petai, Lemak Pucuk Labu dan Ikan Kerisi Goreng


Biarlah gambar yang berbicara


Kakak I siap tapaukan sambal ikan bilis petai tu, So malam tu I repeat makan siap goreng telur dua biji!


Walaupon kakak I da confirm nak datang hari Sabtu, tapi I still double confirm dengan dia hari Jumaat malam, sebab kalau jadi, I nak keluar beli barang-barang masak walaupon sebenarnya semua bahan-bahan dah ada dalam fridge.  Disebabkan abang ipar I suka makan kambing, so I da bagitahu awal-awal, menu utama ialah Kambing! 

Walaupon I tak tahu nak masak apa, tapi terhasil juga menu-menu macam dalam gambar ni. Antaranya:

Lamb Rice
Oven Baked Lamb Rack
Hot Salsa
Bubur Labu
Buah-buahan ( Percimmon, Tembikai, Rock Melon )

Presentation nampak sedap kan? Gambar ni dapat banyak likes tau dekat my FB! tapi sebenarnya I agak tak berpuas hati dengan rusuk kambing yang I beli dekat pasar. Kambing kampung. Baru I tahu perbezaan daging kambing kampung dengan kambing yang selalu kite beli dekat super market. 

I beli rusuk kambing tu dekat Pasar Besar Jalan Othman, Pj. Tapi disebabkan terlalu ramai orang dekat pasar, penjual daging India tu pon takda masa nak layan I untuk appreciate daging yang kita nak beli. 

Time nak makan tu baru I notice Rusuk Kambing yang I masak tu, tak banyak sangat isi. Mungkin sebab kambing tu ialah kambing kampung jenis yang kecil. Berbeza dengan rusuk kambing yang I selalu makan dekat restaurant mewah yang lain. So, next time, memang kena berhati-hatilah time nak beli daging, kalau tak, hasilnya  tak seperti apa yang kita harapkan. Kalau I tahu hasilnya macam ni, I tak guna rusuk kambing, baik I guna bahagian batang pinang ataupon lamb shoulder yang jual kat super market tu.

Lamb Rice
Oven Baked Lamb Rack
Hot Salsa
Bubur Labu
Buah-buahan ( Percimmon, Tembikai, Rock Melon )












11 November, 2015

Midnight Supper


Simple Midnight Supper





Bahan - bahan: 


Water crackers
Lumpfish caviar
Cream cheese

Cara - cara:

Sapukan seperti dalam gambar dan sedia untuk dimakan.


Selamat Mencuba!!!

Nasi Lemak berlauk sambal udang petai, kangkung celur, telur rebus dan telur goreng

Nasi Lemak Berlauk


Bahan - bahan :

  1. 2 Cawan beras basmathi brand Birf of Paradise
  2. 2 Cawan santan pekat
  3. 1 Cawan santan cair
  4. 1 Sudu besar olive oil
  5. 2 helai daun pandai


Cara - cara:

  1. Cuci beras
  2. Masukkan semua bahan - bahan ke dalam rice cooker ( I guna electrik rice cooker brand Philips. Bila da masak dia akan berbunyi. Tidak perlu dikacau )
  3. Siap dan sedia dihidangkan.



Untuk resipi sambal udang petai boleh refer entri sebelum ni.

I letak kangkung celur, telur rebus dan telur goreng seperti dalam gambar.

I tak letak timun, kacang dan ikan bilis sebab tak gemar.


Selamat Mencuba!!!

09 November, 2015

Sambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai


Bahan - bahan:

  1. 6 biji bawang merah ( dikisar basah bersama cili kering ) 
  2. 4 ulas bawang putih ( dikisar basah bersama cili kering ) 
  3. Belacan ( dikisar basah bersama cili kering ) 
  4. 20 Tangkai Cili kering + 5 biji cili padi direbus dan dikisar basah ( Boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan masing-masing )
  5. 7 ekor udang size besar
  6. 100 gram petai
  7. 1 biji bawang besar dihiris bulat
  8. Satu sudu kecil pati asam jawa
  9. Garam
  10. Minyak untuk menumis


Cara - cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga keluar minyak
  2. Masukkan petai sehingga petai separa masak
  3. Masukkan Udang sehingga udang masak
  4. Masukkan asam jawa dan garam
  5. Masukkan hirisan bawang besar yang dihiris bulat
  6. Sedia untuk dihidang seperti dalam gambar



Selamat Mencuba!!!

Sotong Goreng Dakwat

Sotong Goreng Dakwat

Sotong goreng dakwat



Bahan - bahan:


  1. 6 biji bawang merah ( dikisar kering )
  2. 4 ulas bawang putih ( dikisar kering )
  3. 8 tangkai cili padi ( dikisar kering )
  4. 1 inch halia dihiris nipis
  5. Daun kari ( beberapa helai, I letak banyak sebab I suka makan daun kari )
  6. 10 ekor sotong ( badan sotong direndam dalam air panas dan di toskan, kepala sotong tidak perlu direndam dan jangan di buang dakwatnya )
  7. 4 tangkai cili kering
  8. Garam
  9. 4 sudu besar minyak masak


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari dan cili kering seketika
  2. Masukkan bahan - bahan kisar dan hirisan halia, biarkan seketika ( jangan biarkan hangus atau terlalu garing )
  3. Masukkan sotong. Goreng sehingga dakwat sotong keluar dan kuahnya agak pekat.
  4. Masukkan garam
  5. Sedia dihidang seperti dalam gambar



I makan sotong goreng dakwat dengan nasi putih bersama ikan kembung goreng kunyit


Selamat Mencuba!!!

26 October, 2015

Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top


Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top




Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top. 

Bahan - bahan:


  1. 2 sudu olive oil / salted butter
  2. 3 ulas bawang putih di cincang
  3. Daun kari
  4. 2 sudu besar chili kisar kering ( chili flakes )
  5. 4 biji cili padi dipotong
  6. 6 biji green peas
  7. Seafood kegemaran. I guna spesis kepah, tak tahu nama sebenar. boleh guna udang, kupang, etc ( rebus dan diasingkan dari cengkerangnya )
  8. Angel hair brand kimball direbus dan ditoskan airnya ( agak-agak untuk 2 orang makan )
  9. 2 kotak Whipping cream brand Arla ( untuk seorang makan gunakan satu kotak whipping cream sahaja )
  10. Garam
  11. 1 sudu besar Lumfish Caviar brand emborg


Cara-cara:


  1. Tumis bawang putih, daun kari, cili potong menggunakan olive oil seketika. ( jangan terlalu garing )
  2. Masukkan cili flakes sekejap sahaja dan terus masukkan cooking / whipping cream dan perlahankan api. ( Kalau api terlalu kuat, cream cepat hangus )
  3. Masukkan kepah
  4. Masukkan green peas
  5. Perasakan dengan garam
  6. Akhir sekali masukkan angel hair dan kacau sehingga sebati
  7. Hidangkan di dalam pinggan dan letakan Lumpfish Caviar seperti dalam gambar.




Lumpfish Caviar yang I guna.

Whipping Cream yang I guna


Ni la seafood yang I gunakan, tapi I tak tahu apa namanye! sesiapa yang tahu nama seafood ni, boleh la share dengan I


 Selamat Mencuba!!!

Lokan Masak Kari Kering

Lokan Masak Kari Kering


Bahan - bahan:


  1. Minyak untuk menumis
  2. 3 Ulas bawang putih dicincang
  3. 4 Ulas bawang merah dihiris
  4. 2 Inch halia dihiris nipis
  5. Daun kari
  6. 3 Sudu serbuk kari ikan Baba's ( Di gaul sebati bersama serbuk cili dan air )
  7. 1 Sudu serbuk cili Baba's ( Di gaul sebati bersama serbuk kari dan air )
  8. 12 biji lokan size besar yang telah direbus dan dibuang cengkerangnya
  9. 2 Biji telur
  10. 1 Sudu kecil pati asam jawa
  11. Secubit garam


Cara - cara:


  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari seketika ( tidak perlu sehingga garing )
  2. Masukkan campuran serbuk kari dan serbuk cili yang telah di gaul bersama air sehingga naik minyak
  3. Masukkan lokan dan kacau seketika
  4. Masukkan telur dan kacau sempurna
  5. Masukkan asam jawa dan garam
  6. Sedia untuk di hidang





Selamat Mencuba!!!


22 October, 2015

Green Juice untuk kurus



Green Juice untuk kurus

Celery + Timun + Green Apple + Perahan Lemon



Sebelum ni I selalu buat green juice sekiranya I tidak berkesempatan untuk menyediakan jus pegaga. Selalunya I menggunakan 2 jenis sayuran + 1 jenis buah + perahan lemon. 

( Baby Spinach  / Lettuce / Celery ) + ( Avocado / Green Apple / Green Pear / Pisang ) + Perahan Lemon.

Baru pertama kali I menggunakan timun sebab I tidak suka makan timun. Tetapi disebabkan I ternampak viral tips untuk kurus mengguna 4 bahan utama ni, I pon cubalah. 

Kebetulan, semasa I pergi ke gym, I ternampak seorang perempuan yang dahulunya gemok, kini sudah kurus. I pon dengan ramahnya menegur dan memujinya. Dia pon memberikan tips tanpa I minta, iaitu minum combination 4 bahan di atas sebelum tidur. Katanya, boleh dikisar sehingga lumat kemudian minum tanpa ditapis dan boleh juga diminum jusnya sahaja.

Selamat mencuba.

21 October, 2015

Tips Diet High Protein dan Low Carb

Okay, seperti yang dijanjikan, hari ni I akan share tips diet semasa I mengamalkan Diet High Protein Low Carb.


Minum air putih atau air yang tidak mengandungi gula
Semenjak I mengenali tunang I yang menghidap diabetes pada pertengahan tahun 2009, sememangnya I sudah dilatih untuk minum apa sahaja air tanpa gula. Kalau terasa nak minum air buah, semuanya akan diminta tanpa gula. Tapi kebiasaannya, apabila makan diluar, I akan minta air mineral / air suam /  ais kosong / teh O kosong / teh O ais kosong. Sekiranya I inginkan kelainan, I akan minta coke light ataupun pepsi light. Jadi takda la boring sangat dan rasa terlalu terbeban dengan diet kan? Sekarang ni, terlalu banyak pilihan soft drinks yang zero calories (no sugar)

Antara stock air yang mesti ada dalam peti ais. No sugar! 


Air Halia
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat halia untuk kesihatan. Tapi tak semua orang boleh minum air rebusan halia ni. Disebabkan semangat untuk kurus tu masih membuak-buak, hampir sebulan jugak I mengamalkan minum air rebusan halia. Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya didihkan hirisan halia dalam air mendidih sehingga air tadi bertukar warna. Itu sahaja. Ada orang yang memasukkan gula / gula batu. tetapi disebabkan I mengamalkan minum air tanpa gula, I gantikan dengan stevia. Selalunya, I akan minum air halia pada waktu pagi semasa ianya masih suam.  


Jus pegaga
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat daun pegaga untuk kesihatan. Dalam sajian melayu, pegaga selalu dijadikan ulam. Tetapi, disebabkan I tidak makan nasi, I memilih untuk meminum jus pegaga. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Hanya blend daun pegaga dengan air sejuk ( air masak yang telah disejukkan di dalam peti ais ), di tambah dengan sedikit garam ( optional ) dan lemon ( optional ). Selepas di blend, I terus minum tanpa menapis. Selalunya I hanya minum jus pegaga tanpa meletak garam ataupon lemon. Ada sesetengah orang minum jus pegaga yang dikisar bersama peria katak. Yang tu, I memang tak boleh minum sebab I tak tahan rasa pahit. I mengamalkan jus pegaga ni lebih kurang dua tahun setiap pagi.

I selalu beli daun pegaga untuk stock seminggu di pasar Kampung Baru. Setiap kali membuat jus pegaga, I akan menggunakan Seikat untuk dua gelas jus pegaga
Daun pegaga dan peria katak
Jus pegaga yang I minum setiap pagi

Menulis setiap apa yang dimakan didalam diary makanan termasuk lah " cheating food "
Yang ni tips Semasa mengamalkan Atkins Diet, I akan tulis setiap apa yang I makan semasa breakfast, lunch dan dinner, termasuklah cheating food. Selain itu,  I juga menulis jenis-jenis exercises yang I buat semasa dekat gym dan berapa lama masa yang I luangkan untuk exercise setiap hari. Disamping itu, I juga akan membuat catitan berat badan I setiap hari. 

Contoh catitan Food Diary
Contoh catitan Food Diary


Sauna / Steam Room
I mengamalkan sauna selepas melakukan senaman di gym. Selepas lebih kurang satu jam setengah di gym, I akan terus pergi ke sauna. Bonus untuk I kerana I hanya menggunakan condo facilities. Logiknya disini, supaya peluh yang keluar semasa di gym akan keluar secara continuously semasa di dalam sauna. Selain sauna, boleh juga menggunakan steam room.



Green Juice
Sekiranya I tidak berkesempatan membeli daun pegaga di pasar, I akan menggantikan dengan meminum green juice. Cara penyediaan green juice juga sangat mudah. Hanya blend sayur yang sesuai untuk dibuat juice mengikut citarasa dan ditambah dengan satu jenis buah kegemaran. Selalunya I menggunakan sayuran seperti Celery / Baby Spinach  & lettuce. Buah-buahan yang I selalu gunakan pulak seperti avocado / green apple / pisang & pear. 

Contoh green juice yang telah siap. I menggunakan baby spinach + celery + pear.

Baby Spinach + Celery + Avocado
Jus Baby Spinach + Celery + Avocado