09 December, 2015

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic & Thinly Sliced Ginger

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger


Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger

Bahan A:
  1. Minyak bunga matahari untuk menggoreng
  2. 4 ulas bawang putih dicincang halus
  3. inch halia dihiris nipis dan halus
Bahan B:

  1. 200gram ikan dory yang dipotong kiub ( I beli memang yang da siap potong in cube )
  2. 1 biji broccoli ( di potong kecil )
  3. 4 ulas bawang putih di cincang halus
  4. 1 sudu besar udang kering
  5. Hirisan capsicum merah & kuning
  6. Hirisan halus leek ( setengah batang )
  7. Hirisan lada cili 2 batang ( sekiranya mahu pedas boleh ditambah )
  8. 4 sudu besar minyak bijan untuk menumis dan 2 sudu besar untuk di letakkan sebelum mematikan api
  9. Garam secukup rasa
  10. Hirisan daun bawang sebagai hiasan


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng bawang putih yang telah dicincang halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
  2. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng hirisan halia yang telah dihiris nipis dan halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang telah dicincang halus dan udang kering seketika
  2. Masukkan hirisan leek dan hirisan capsicum dan kacau seketika
  3. Masukkan ikan dory sehingga separa masak.
  4. Masukkan broccoli dan tutup kuali sehingga ikan dan broccoli tadi masak.
  5. Tambahkan 2 sudu minyak bijan dan sedikit garam. ( garam tidak perlu terlalu banyak kerana minyak bijan sudah menghasilkan rasa masin yang tersendiri )
  6. Sedia untuk dihidang seperti dalam gambar.
  7. Taburkan bawang putih & halia yang telah digoreng tadi ke atas ikan dory.
  8. Taburkan daun bawang seperti dalam gambar.

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment