26 October, 2015

Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top


Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top




Creamy and Spicy Angel Hair with Lumpfish Caviar on top. 

Bahan - bahan:


  1. 2 sudu olive oil / salted butter
  2. 3 ulas bawang putih di cincang
  3. Daun kari
  4. 2 sudu besar chili kisar kering ( chili flakes )
  5. 4 biji cili padi dipotong
  6. 6 biji green peas
  7. Seafood kegemaran. I guna spesis kepah, tak tahu nama sebenar. boleh guna udang, kupang, etc ( rebus dan diasingkan dari cengkerangnya )
  8. Angel hair brand kimball direbus dan ditoskan airnya ( agak-agak untuk 2 orang makan )
  9. 2 kotak Whipping cream brand Arla ( untuk seorang makan gunakan satu kotak whipping cream sahaja )
  10. Garam
  11. 1 sudu besar Lumfish Caviar brand emborg


Cara-cara:


  1. Tumis bawang putih, daun kari, cili potong menggunakan olive oil seketika. ( jangan terlalu garing )
  2. Masukkan cili flakes sekejap sahaja dan terus masukkan cooking / whipping cream dan perlahankan api. ( Kalau api terlalu kuat, cream cepat hangus )
  3. Masukkan kepah
  4. Masukkan green peas
  5. Perasakan dengan garam
  6. Akhir sekali masukkan angel hair dan kacau sehingga sebati
  7. Hidangkan di dalam pinggan dan letakan Lumpfish Caviar seperti dalam gambar.




Lumpfish Caviar yang I guna.

Whipping Cream yang I guna


Ni la seafood yang I gunakan, tapi I tak tahu apa namanye! sesiapa yang tahu nama seafood ni, boleh la share dengan I


 Selamat Mencuba!!!

Lokan Masak Kari Kering

Lokan Masak Kari Kering


Bahan - bahan:


  1. Minyak untuk menumis
  2. 3 Ulas bawang putih dicincang
  3. 4 Ulas bawang merah dihiris
  4. 2 Inch halia dihiris nipis
  5. Daun kari
  6. 3 Sudu serbuk kari ikan Baba's ( Di gaul sebati bersama serbuk cili dan air )
  7. 1 Sudu serbuk cili Baba's ( Di gaul sebati bersama serbuk kari dan air )
  8. 12 biji lokan size besar yang telah direbus dan dibuang cengkerangnya
  9. 2 Biji telur
  10. 1 Sudu kecil pati asam jawa
  11. Secubit garam


Cara - cara:


  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari seketika ( tidak perlu sehingga garing )
  2. Masukkan campuran serbuk kari dan serbuk cili yang telah di gaul bersama air sehingga naik minyak
  3. Masukkan lokan dan kacau seketika
  4. Masukkan telur dan kacau sempurna
  5. Masukkan asam jawa dan garam
  6. Sedia untuk di hidang





Selamat Mencuba!!!


22 October, 2015

Green Juice untuk kurus



Green Juice untuk kurus

Celery + Timun + Green Apple + Perahan Lemon



Sebelum ni I selalu buat green juice sekiranya I tidak berkesempatan untuk menyediakan jus pegaga. Selalunya I menggunakan 2 jenis sayuran + 1 jenis buah + perahan lemon. 

( Baby Spinach  / Lettuce / Celery ) + ( Avocado / Green Apple / Green Pear / Pisang ) + Perahan Lemon.

Baru pertama kali I menggunakan timun sebab I tidak suka makan timun. Tetapi disebabkan I ternampak viral tips untuk kurus mengguna 4 bahan utama ni, I pon cubalah. 

Kebetulan, semasa I pergi ke gym, I ternampak seorang perempuan yang dahulunya gemok, kini sudah kurus. I pon dengan ramahnya menegur dan memujinya. Dia pon memberikan tips tanpa I minta, iaitu minum combination 4 bahan di atas sebelum tidur. Katanya, boleh dikisar sehingga lumat kemudian minum tanpa ditapis dan boleh juga diminum jusnya sahaja.

Selamat mencuba.

21 October, 2015

Tips Diet High Protein dan Low Carb

Okay, seperti yang dijanjikan, hari ni I akan share tips diet semasa I mengamalkan Diet High Protein Low Carb.


Minum air putih atau air yang tidak mengandungi gula
Semenjak I mengenali tunang I yang menghidap diabetes pada pertengahan tahun 2009, sememangnya I sudah dilatih untuk minum apa sahaja air tanpa gula. Kalau terasa nak minum air buah, semuanya akan diminta tanpa gula. Tapi kebiasaannya, apabila makan diluar, I akan minta air mineral / air suam /  ais kosong / teh O kosong / teh O ais kosong. Sekiranya I inginkan kelainan, I akan minta coke light ataupun pepsi light. Jadi takda la boring sangat dan rasa terlalu terbeban dengan diet kan? Sekarang ni, terlalu banyak pilihan soft drinks yang zero calories (no sugar)

Antara stock air yang mesti ada dalam peti ais. No sugar! 


Air Halia
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat halia untuk kesihatan. Tapi tak semua orang boleh minum air rebusan halia ni. Disebabkan semangat untuk kurus tu masih membuak-buak, hampir sebulan jugak I mengamalkan minum air rebusan halia. Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya didihkan hirisan halia dalam air mendidih sehingga air tadi bertukar warna. Itu sahaja. Ada orang yang memasukkan gula / gula batu. tetapi disebabkan I mengamalkan minum air tanpa gula, I gantikan dengan stevia. Selalunya, I akan minum air halia pada waktu pagi semasa ianya masih suam.  


Jus pegaga
Seperti yang semua orang sedia maklum, terlalu banyak khasiat daun pegaga untuk kesihatan. Dalam sajian melayu, pegaga selalu dijadikan ulam. Tetapi, disebabkan I tidak makan nasi, I memilih untuk meminum jus pegaga. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Hanya blend daun pegaga dengan air sejuk ( air masak yang telah disejukkan di dalam peti ais ), di tambah dengan sedikit garam ( optional ) dan lemon ( optional ). Selepas di blend, I terus minum tanpa menapis. Selalunya I hanya minum jus pegaga tanpa meletak garam ataupon lemon. Ada sesetengah orang minum jus pegaga yang dikisar bersama peria katak. Yang tu, I memang tak boleh minum sebab I tak tahan rasa pahit. I mengamalkan jus pegaga ni lebih kurang dua tahun setiap pagi.

I selalu beli daun pegaga untuk stock seminggu di pasar Kampung Baru. Setiap kali membuat jus pegaga, I akan menggunakan Seikat untuk dua gelas jus pegaga
Daun pegaga dan peria katak
Jus pegaga yang I minum setiap pagi

Menulis setiap apa yang dimakan didalam diary makanan termasuk lah " cheating food "
Yang ni tips Semasa mengamalkan Atkins Diet, I akan tulis setiap apa yang I makan semasa breakfast, lunch dan dinner, termasuklah cheating food. Selain itu,  I juga menulis jenis-jenis exercises yang I buat semasa dekat gym dan berapa lama masa yang I luangkan untuk exercise setiap hari. Disamping itu, I juga akan membuat catitan berat badan I setiap hari. 

Contoh catitan Food Diary
Contoh catitan Food Diary


Sauna / Steam Room
I mengamalkan sauna selepas melakukan senaman di gym. Selepas lebih kurang satu jam setengah di gym, I akan terus pergi ke sauna. Bonus untuk I kerana I hanya menggunakan condo facilities. Logiknya disini, supaya peluh yang keluar semasa di gym akan keluar secara continuously semasa di dalam sauna. Selain sauna, boleh juga menggunakan steam room.



Green Juice
Sekiranya I tidak berkesempatan membeli daun pegaga di pasar, I akan menggantikan dengan meminum green juice. Cara penyediaan green juice juga sangat mudah. Hanya blend sayur yang sesuai untuk dibuat juice mengikut citarasa dan ditambah dengan satu jenis buah kegemaran. Selalunya I menggunakan sayuran seperti Celery / Baby Spinach  & lettuce. Buah-buahan yang I selalu gunakan pulak seperti avocado / green apple / pisang & pear. 

Contoh green juice yang telah siap. I menggunakan baby spinach + celery + pear.

Baby Spinach + Celery + Avocado
Jus Baby Spinach + Celery + Avocado

Pengalaman paling ngeri, syukurlah saya selamat.

Gambar sekadar hiasan. Sumber ( google )

Setiap orang mesti mempunyai kisah paling ngeri dalam hidup kan?? Macam I, walaupon pengalaman tergemok dari 53-55kg menjadi 74-75kg merupakan mimpi ngeri dalam hidup I, tetapi masih ada pengalaman paling ngeri dalam hidup I, iaitu kisah berhadapan dengan pencuri didalam rumah masa tahun 2011 dulu.

Kejadian ini berlaku semasa I tinggal di Vista Angkasa Apartment, bersebelahan dengan LRT University. Masa tu, I bekerja sebagai Fraud Analyst Officer di Citibank Tower, Jalan Ampang. 

Habis sahaja waktu kerja, I terus balik ke rumah. Lebih kurang pukul 6.45pm I sampai ke rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, I rasa sesuatu yang pelik. Sangat pelik. I terhidu bau yang tidak menyenangkan iaitu bau rokok orang indonesia. I jugak ternampak sport shoes yang sememangnya I letak di rak kasut bersebelahan pintu utama talinya tidak ada. Pelikkan? kemana pergi tali kasut tu? Tapi dalam pada tidak sedap hati tu, I masih sempat masuk bilik, tukar baju tido, sempat jugak I masuk ke dalam bilik air untuk buang air kecil. ( Habit kalau balik dari kerja selalunya tukar baju tido ataupon terus mandi, tapi disebabkan rasa tidak sedap hati tu, I tukar baju dulu )

Lepas tu, I terus ke ruang tamu semula, sliding door ke balcony I buka seluas-luasnya. I terus mengeluarkan dua biji handphone dan wallet dari dalam handbagI terus call my bf ( Sekarang da naik pangkat jadi Mr Fiance ), I tanya samaada dia ada datang ke rumah atau tidak, sebab selain daripada I, kunci rumah hanya dia sahaja yang pegang sebab dia yang uruskan urusan perjanjian sewa rumah dekat situ. Mana la tahu dia ada singgah untuk tujuan yang I tidak ketahui kan? Tapi, dia cakap takda dan tanya kenapa. I pon bagitahu la benda pelik yang terjadi dalam rumah, dia terus suruh turun ke pondok security untuk membuat laporan supaya pengawal keselamatan dapat memeriksa keadaan di dalam rumah.

I pon terus turun dari tingkat 4 ke ground floor, malangnya I tak nampak kelibat seorang pon pengawal keselamatan, dalam masa yang sama, I pon segan nak berjalan jauh sangat sebab I hanya memakai baju tidur. Makanya, I pon naik semua ke tingkat 4, Sebelum masuk ke rumah, I cuba untuk telefon kawan I yang dulunya duduk serumah tapi sudah berpindah ke Block lain dengan harapan dia boleh teman I masuk ke dalam rumah. Tetapi panggilan telefon I tidak berjawab. I pon terpaksa buat keputusan untuk masuk semula ke dalam rumah seorang diri, dengan tujuan untuk menukar semula baju dan terus keluar dari rumah.

Sebaik pintu dibuka, I terus biarkan pintu terbuka termasuklah grill. Dalam kepala I terlintas, if anything happen, senang la I nak lari keluar. Tak sampai satu minit I masuk kedalam, I terdengar pintu bilik I dibuka secara perlahan-lahan dari dalam. I pon patah dua langkah ke belakang untuk melihat ke arah bunyi tadi. OMG! I ternampak seorang lelaki bertopeng dan memegang sebilah pisau keluar dari bilik II pon terus menjerit berlari ke arah balcony sambil terjatuh jatuh banyak kali walaupon dekat sahaja, I menjerit mintak tolong sambil menyebut nombor rumah. 

Nasib I agak baik sebab balcony rumah menghadap laluan penduduk apartment untuk keluar masuk. Semasa I menjerit meminta tolong, pengawal keselamatan, penduduk sekitar meminta bertenang sementara mereka naik ke atas.

Sesampainya mereka diatas, mereka terus cek ketiga-tiga bilik dan setiap ruang lain di dalam rumah. Malangnya pencuri tu sudah melarikan diri. Semasa pencuri tu keluar, dia sempat mencapai handbag I di atas meja. I bertuah sebab I sempat keluarkan wallet dan dua biji handphone milik I. Kalau tak, susah jugak. Dalam handbag tu cuma ada branded perfume dan card touch&go. 

Disebabkan terlalu ramai sangat orang dalam rumah yang cuba membantu, termasuk penduduk sekitar yang datang untuk melihat apa yang terjadi, kemungkinan pencuri itu masih berada dalam rumah jugak sentiasa bermain di fikiran I. ( Mungkin dia menyamar sebagai seorang yang cuba untuk membantu sebab dia mempunyai masa yang cukup sementara I menunggu bantuan dari bawah )

Alhamdulillah I selamat. Malam tu, I terus tak tidur di rumah tu lagi, I tumpang rumah kakak I Kampung Malaysia sementara berpindah ke rumah yang lain.


Selepas kejadian tu, I notice, tidak ada apa barang berharga yang hilang, cuma kesemua tabung I lesap. I memang suka simpan coins dalam tabung. Bila penuh, I kira dan tukar kepada duit kertas. Jadi I tahu la anggaran berapa yang hilang. Lebih kurang Rm400.00. 

Satu lagi yang I notice, pencuri tu memakai topeng yang diperbuat daripada legging I yang telah dikoyakkan. Agak lucu sebenarnya! Dan seluar Jeans I yang hilang tu jugak dipakainya. Lucu sangat bila di ingat kembali walaupon ngeri!

Semasa laporan polis dibuat, polis seakan menyalahkan I kerana pencuri terlepas disebabkan I membiarkan pintu dan grill terbuka. Ini yang menyakitkan hati I sebenarnya, kerana itu yang dipersoalkan. I rasa, kalau I kunci pintu semasa masuk ke dalam rumah, ada kemungkinan I bergelut dengan pencuri, ditikam dan sebagainya. 

Syukurlah, I selamat. Alhamdulillah Ya Allah.



17 October, 2015

Dulu Saya Gemok, Biarlah gambar berbicara


Biarkan gambar berbicara.................


I Pakai blouse yang sama dan lokasi juga sama, di Sunway Pyramid. 2012 berat I 74-75kg, 2015 berat I 57-60kg.

Hi all, Sorry sangat-sangat sebab I masih tak sempat lagi nak share tips dan jenis exercises yang I amalkan semasa I diet secara serious. Insyaallah, I akan share di ruangan yang seterusnya. Bila I share gambar sebelum dan selepas ni dekat my facebook, ramai yang minta tips, ya, memang betul, setakat mention jenis diet iaitu Diet Atkins dan exercises sahaja sememangnya tidak banyak membantu rakan-rakan yang ingin diet secara serius. Sebab tak semua orang faham apa yang kita buat dan apa yang kita amalkan dalam tempoh diet itu sendiri. Dan tak semua orang juga yang faham dengan membaca sahaja info berkenaan dengan jenis-jenis diet menerusi internet sahaja. Jadi, I berpendapat, seseorang yang berjaya mengurangkan berat badan perlu membantu rakan-rakan yang masih terkial-kial, yang masih zero, yang masih tidak bersemangat untuk mengurangkan berat badan walaupon sudah ditahap obesiti dan mempunya kiraan BMI yang tidak seimbang. 

Walaupon pada awalnya, I pon memulakan diet dengan hanya membaca info menerusi internet dan majalah, tapi Alhamdulillah, I tahu apa yang sedang I buat dan amalkan. I cuba untuk balancekan antara diet dan senaman.

Okay! Stay tune! Tunggu tips diet yang akan I update tak lama lagi...Assalamualaikum..

15 October, 2015

Steak paling simple tapi sedap!


I selalu google resepi steak. Tapi kadang-kadang terlalu banyak bahan-bahan yang digunakan untuk seasoning. So, I ringkaskan menjadi resipi yang paling mudah, tapi sedap! Yang penting, bahan-bahan senang nak cari, semua lelaki dan perempuan pon boleh buat. Tak peningkan kepala. Lepas tu, you all boleh la tambah side dish yang lain-lain mengikut citarasa, macam grill vege, fries, mash potato ke.

Bahan-bahan:

  1. Dua Keping Daging
  2. Maggie seasoning
  3. Garam
  4. Black pepper
  5. Olive oil
Cara-cara:
  1. Satu daging I perap menggunakan maggie seasoning sahaja
  2. Satu lagi I perap bersama garam dan black pepper
  3. Selepas perapan, I panaskan pan, letakdua sudu olive oil, dan masukkan daging. ( Jangan terlalu lama menggoreng! nanti tak jadi steak pulak! hehe )
  4. Lepas tu boleh la dihidang bersama sauce kegemaran anda. ( boleh refer sauce yang selalu guna dekat gambar seterusnya )


Tara! Dua keping daging berbeza seasoning!

3 jenis sauce yang I selalu guna kalau makan steak



Selamat Mencuba!!!

Fresh Veggie Soup with Dory Fish & Prawn



Bahan-bahan yang I guna

Assalamualaikum. Hari ni sebenarnya I agak free untuk update blog. Hari ni I nak share resipi mudah bila kita rasa tak tahu nak masak apa. Tapi dalam masa yang sama kita nak makan sesuatu yang membuatkan kita rasa fresh. Macam I, I memang suka makan sayur! kalau takda sayur, macam tak lengkap je hidup I. Mulalah resah gelisah. Untuk resipi ni, you all boleh la pilih apa sahaja sayur dan protein kegemaran you all. Sayur dan protein yang I gunakan tu hanyalah sebagai panduan sahaja. Sukatan pulak I ikut kata hati sebab masak pon untuk suka-suka sahaja kan. 

Bahan-bahan:
  1. Air
  2. Chicken Stock ( boleh guna chicken cube/Stock ikan bilis/perencah sayuran )
  3. Broccoli
  4. Sawi
  5. Mushroom
  6. Lobak putih
  7. Dory Fish Cube
  8. Udang Segar
  9. Bawang Putih dan hirisan halia digoreng menggunakan olive oil
  10. Hirisan Cili Padi ( Mengikut tahap kepedasan masing-masing )
Cara-cara:
  1. Didihkan air dan masukkan chicken stock.
  2. Masukkan lobak putih dan biarkan sehingga lobak lembut.
  3. Kemudian masukkan dory fish cube dan udang.
  4. Setelah udang dan ikan agak masak, masukkan sayur-sayuran yang lain.
  5. Selepas itu taburkan bawang putih dan hirisan halia yang telah digoreng menggunakan olive oil semasa mendidih. ( Boleh juga dimasukkan awal selepas lobak lembut )
  6. Masukkan cili padi dan boleh matikan api. ( I guna stove, so I just kecilkan temperature supaya soup ni sentiasa panas )
  7. Sedia untuk dimakan.

Fresh kan! memang simple & sedap!

Selamat Mencuba!!!

Nutella Brownies


Nutella Brownies

Nutella Brownies with Vanilla Ice Cream!
Nutella Brownies with Vanilla Ice Cream!


I memang suka makan Molten Chocolate cake, especially yang dekat Chili's tu, memang favorite. Nak dijadikan cerita, sekarang ni ramai sangat kawan-kawan yang suka share macam-macam jenis resipi dekat facebook. I terjumpa satu resipi yang tersangatlah senangnya. Walaupon I tengah diet, hati ni berkobar-kobar nak try buat Nutella Brownies ni. Da berapa hari nak buat, tapi sabar je dulu, sebab diet. Lagipon I sorang je kat rumah, kalau ada ramai kat rumah baru seronok kan? Tapi finally malam ni, I buat juga. Hati meronta ronta nak cuba. Kepada yang nak cuba, boleh refer resipi yang tersangatlah mudahnya dibawah ni. Ataupon boleh klik Nutella Brownies untuk melihat video cara-cara membuat.

Bahan-bahan:
  1. Nutella 270gram( I guna Hazelnut Chocolate Spread brand It's my Life )
  2. 2 biji telur
  3. Tepung gandum 1/2 cawan
  4. Chocolate Chips 1/2 cawan ( optional )

Cara-cara:
  1. Masukkan Nutella, telur, tepung gandum dan kacaukan sehingga sebati. Masukkan chocolate chips dan kacau lagi. 
  2. Sapukan butter di atas loyang dan masukkan adunan tadi
  3. Masukkan ke dalam oven selama 15-20minit pada suhu 180.

Boleh dihidangkan dan dimakan bersama vanilla ice cream! 

I guna Hazelnut Chocolate Spread ni. Sedap sebab tak manis sangat! Kawan I hadiahkan! 

Ni adunan yang da siap untuk dimasukkan ke dalam oven.

Taraaa!! Fresh dari oven =)

Selamat Mencuba!!!

05 October, 2015

Braised broccoli with mushroom and oyster sauce

Braised Broccoli with Mushroom and Oyster Sauce



Bahan-bahan 1:

-Broccoli
-Secubit Garam
-Sesudu Minyak

Cara-cara:


- Didihkan air , masukkan secubit garam dan minyak.
- Masukkan broccoli dan biarkan sehingga broccoli separa masak. ( jangan masak sehingga lembik! )
- Angkat brocolli dan rendamkan didalam air sejuk ( supaya broccoli kekal segar )
- Susun broccoli di atas pinggan.

Bahan-bahan 2:


- 2 Sudu olive oil
- 4 Ulas bawang putih dicincang ( boleh juga menggunakan hirisan halia )
- Cili padi dipotong ( optional )
- 4 Sudu oyster sauce
- Sedikit air
- Fresh mushroom 6 biji ( boleh dibelah dua atau biarkan besar mengikut citarasa )

Cara-cara:


- Tumis bawang putih menggunakan olive oil seketika. ( jangan sampai hangus! )
- Masukkan oyster sauce dan tunggu sehingga pekat.
- Masukkan sedikit air supaya agak berkuah.
- Masukkan cili potong & mushroom.
- Biarkan mendidih.
- Curahkan ke atas broccoli dan sedia dihidangkan seperti dalam gambar.



Selamat Mencuba!!!