11 September, 2015

Nasi Goreng Petai Seafood

Nasi Goreng Petai Seafood ni memang I da lama aim nak buat. Nak dijadikan cerita, masa I berkunjung ke rumah bakal mertua my sister dekat Kahang, Kluang, ternampak banyak orang dok jual petai tepi jalan. So masa on the way back to KL, I pesan dekat bakal abang ipar I, nak singgah beli petai. Makanya, cita-cita I nak buat nasi goreng petai berjaya. Sapa nak try boleh la try ya!!

Nasi Goreng Petai Seafood

Bahan-bahan ( untuk dua orang makan )

  1. Bawang merah kecil ( 6 biji : Parut atau kisar)
  2. Bawang putih ( 4 ulas : Parut atau kisar )
  3. Udang kering ( 1 sudu besar : Parut atau kisar )
  4. Cili padi ( ikut tahap kepedasan : Tumbuk atau kisar)
  5. 2 Sudu besar Olive oil ( untuk menumis )
  6. 2 Cawan kecil Nasi putih ( I guna beras bird paradise extra grain, low starch )
  7. Petai ( 100g )
  8. Sotong ( 6 ekor, potong dan rendamkan dalam air panas, tujuannya supaya air sotong tidak keluar semasa menumis dan menyebabkan nasi goreng menjadi basah )
  9. Udang ( 16 ekor )
  10. Telur 2 biji


Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan 1,2,3,&4 dalam api sederhana dengan menggunakan olive oil sehingga bahan-bahan tadi agak garing
  2. Masukkan sotong diikuti dengan udang dan kacau rata
  3. Masukkan petai dan kacau rata
  4. Masukkan nasi, kacau rata sehingga nasi tergoreng dengan rapi, perasakan dengan garam
  5. Goreng telur mata dan makan bersama sama
  6. Taburkan cili potong sekiranya mahu lebih pedas lagi


Selamat mencuba!!







No comments:

Post a Comment