23 February, 2016

Grilled Salmon

Grilled Salmon



Grilled Salmon

Cara masak same macam yang sebelum ni. Cuma yang ni more veggie. Tambah cauliflower, green peas.


Bahan-bahan:

- Salmon
- Garam
- Black pepper
- Butter ( I guna ScS butter with canola&olive oil ) (refer gambar )
- Camsicum
- Jalapeño Green Chili
- Cauliflower
- Green Peas
- Lemon


Cara-cara:

- Letakkan salmon di dalam tray yang di baluti aluminium foil
- Lumur salmon dengan garam dan black pepper 
- Letakkan beberapa sudu kecil butter di atas salmon ( refer gambar )
- Potong capsicum, jalapeno green chili, cauliflower, green peas dan letak sekali di dalam tray 
- Masukkan dalam oven selama 30minit pada suhu 180
- Sebelum makan, squeeze dengan lemon.



Sawi tumis bawang putih

Sawi Tumis Bawang Putih


Sawi tumis bawang putih dan cili potong. 

Tumis guna olive oil. 

Tambah tomato & tahu telur.


Steam Chicken Breast


Steam Chicken Breast




Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan olive oil, sesame oil, garam, mix herbs, black pepper, perahan lemon, halia&bawang putih yang ditumbuk.
2. Letakkan ayam tadi ke dalam plastik zip, dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang satu jam atau semalaman.
3. Letakkan dalam tray, boleh letakkan sekali sayur² kesukaan masing²
4. Cover tray dengan plastic steam
5. Steamkan ayam tadi selama 15-20 minit.
6. Disebabkan I suka halia goreng, I goreng halia dan taburkan ke atas ayam yang telah siap di steam.
7. Taburkan daun bawang untuk hiasan. 




Ayam yang da siap marinated ni baru keluar dari chill. I terus susun dalam tray


I letak sekali sayur di bahagian atas ayam.


Lepas da siap tu, i letakkan hirisan halia goreng kat bahagian atas dan daun bawang sebagai hiasan.

Teh Halia @ Ginger Tea

Teh Halia @ Ginger Tea

Bahan-bahan
  1. Halia ( dihiris dan ditumbuk sedikit )
  2. Serai ( ditumbuk sedikit )
  3. Daun Teh
  4. Air dari water wilter coway ( boleh guna air mineral, air ro, air dari water wilter jenama lain, yang penting bukan air paip supaya tahan lebih lama )

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan direbus sehingga mendidih.
  2. Sekiranya menggunakan rice cooker seperti saya, sentiasa keep warm.












21 January, 2016

Midnight Snacks - Water crackers + Smoked Salmon + Lumpfish Caviar + Cheddar Cheese + Sliced egg

Midnight Snacks



You all cuma perlukan Water crackers, Smoked salmon, Cheddar cheese, Sliced eggs dan Lumpfish caviar je untuk mendapatkan snacks yang sihat macam dalam gambar ni!

Fresh milk + Chia Seeds

Fresh milk + Chia Seeds





Rendam chia seeds dalam air putih selama 10-15minit, ( I rendam semalaman, simpan dalam peti ais, minum keesokan harinya )

Masukkan chia seeds yang telah direndam ke dalam gelas, tambahkan dengan Fresh Milk jenama kegemaran anda! SEDAP sangat!

2 jenama Fresh Milk kegemaran I ada kat bawah ni! hehehe






Sup Sayur - Diet High Protein

Sup Sayur



Untuk sup sayur yang ini, I tambahkan udang, tomato dan broccoli.


Bahan-bahan:

  1. 2 sudu minyak zaitun
  2. 2 cawan air
  3. 3 ulas Bawang merah - ditumbuk/dicincang
  4. 3 ulas Bawang putih  - ditumbuk/dicincang
  5. 2 biji cili padi - dipotong halus
  6. 2 cawan kobis yang telah di hiris kecil
  7. 2 biji cendawan dihiris nipis
  8. 3 - 4 ekor sotong
  9. 4 - 6 ikan dory yang telah dipotong kiub
  10. 3 helai daun kucai
  11. Garam secukup rasa


Cara-cara:


  1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi menggunakan minyak zaitun. ( tidak perlu terlalu garing )
  2. Masukkan dua cawan air sehingga mendidih
  3. Masukkan sotong dan ikan dory sehingga mendidih
  4. Masukkan kobis, hirisan cendawan dan daun kucai
  5. Perasakan dengan garam


Grilled Salmon - Diet High Protein

Grilled Salmon



Bahan-bahan:

- Salmon
- Garam
- Butter ( I guna ScS butter with canola&olive oil ) (refer gambar )
- Lemon


Cara-cara:

- Letakkan salmon di dalam tray yang di baluti aluminium foil
- Lumur salmon dengan garam
- Letakkan beberapa sudu kecil butter di atas salmon
- Masukkan dalam oven selama 30minit pada suhu 180
- Sebelum makan, squeeze dengan lemon.

Ikan Dory Rebus ( Boiled Dory Fish ) - Diet High Protein



My early dinner petang tadi. Boiled Dory Fish + Thinly Sliced Ginger Fried in Olive Oil + Japanese Chili Pepper + Lemon Slices + Lettuce.





Bahan-bahan:

1. Ikan dory 6 ketul ( I beli yang da siap potong kiub, kenapa 6? Sebab tinggal 6 ketul je 😂😂😂)
2. Halia dihiris halus
3. Hirisan lemon
4. Japanese chili powder
5. Air untuk merebus
6. Secubit garam
7. Olive oil untuk menggoreng
8. Lettuce

Cara-cara:


1. Rebus air sehingga mendidih. Masukkan secubit garam. Kemudian masukkan ikan dory lebih kurang 3minit.
2. Goreng hirisan halia menggunakan olive oil. Apabila warna halia telah bertukar keemasan, angkat bersama dengan minyak zaitun dan letakkan ke dalam bekas.
3. Letakkan ikan dory dalam pinggan seperti dalam gambar.
4. Letakkan hirisan halia yang telah di goreng tadi ke atas ikan
5. Taburkan japanese chili pepper di atas ikan
6. Sedia untuk dimakan bersama lettuce dan perahan lemon.

Grill salmon - Diet High Protein


Grill Salmon




Bahan-bahan:

- Salmon
- Garam
- Black pepper
- Butter ( I guna ScS butter with canola&olive oil ) (refer gambar )
- Camsicum
- Jalapeño Green Chili
- Lemon

Cara-cara:

- Letakkan salmon di dalam tray yang di baluti aluminium foil
- Lumur salmon dengan garam dan black pepper 
- Letakkan beberapa sudu kecil butter di atas salmon ( refer gambar )
- Potong capsicum dan jalapeno green chili dan letak sekali di dalam tray
- Masukkan dalam oven selama 30minit pada suhu 180
- Sebelum makan, squeeze dengan lemon.


Letakkan beberapa sudu kecil butter di atas salmon

 Butter ( I guna ScS butter with canola&olive oil )

Baru keluar oven

Cauliflower porridge - Diet High Protein

Cauliflower porridge 






Cauliflower porridge 

Bahan-bahan:
- 1 sudu olive oil
- 2 ulas Bawang putih di tumbuk
- 3 ulas Bawang merah di tumbuk
- 2 cawan Cauliflower 
- 2 cawan air
- Garam

Cara-cara:


- Tumis bawang putih dan bawang merah menggunakan olive oil.
- Masukkan 2 cawan air.
- Tunggu air tadi mendidih dan masukkan cauliflower, tutup periuk.
- Apabila cauliflower telah lembut. Matikan api.
- Transfer ke dalam blender untuk di blend.
- Selepas blend, masukkan semula ke dalam periuk, didihkan sekali lagi, perasakan dengan garam.
- Sedia dihidang.
- I makan dengan hirisan halia goreng, bawang goreng, sesame oil, daun bawang dan telur itik padi.