21 October, 2015

Pengalaman paling ngeri, syukurlah saya selamat.

Gambar sekadar hiasan. Sumber ( google )

Setiap orang mesti mempunyai kisah paling ngeri dalam hidup kan?? Macam I, walaupon pengalaman tergemok dari 53-55kg menjadi 74-75kg merupakan mimpi ngeri dalam hidup I, tetapi masih ada pengalaman paling ngeri dalam hidup I, iaitu kisah berhadapan dengan pencuri didalam rumah masa tahun 2011 dulu.

Kejadian ini berlaku semasa I tinggal di Vista Angkasa Apartment, bersebelahan dengan LRT University. Masa tu, I bekerja sebagai Fraud Analyst Officer di Citibank Tower, Jalan Ampang. 

Habis sahaja waktu kerja, I terus balik ke rumah. Lebih kurang pukul 6.45pm I sampai ke rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, I rasa sesuatu yang pelik. Sangat pelik. I terhidu bau yang tidak menyenangkan iaitu bau rokok orang indonesia. I jugak ternampak sport shoes yang sememangnya I letak di rak kasut bersebelahan pintu utama talinya tidak ada. Pelikkan? kemana pergi tali kasut tu? Tapi dalam pada tidak sedap hati tu, I masih sempat masuk bilik, tukar baju tido, sempat jugak I masuk ke dalam bilik air untuk buang air kecil. ( Habit kalau balik dari kerja selalunya tukar baju tido ataupon terus mandi, tapi disebabkan rasa tidak sedap hati tu, I tukar baju dulu )

Lepas tu, I terus ke ruang tamu semula, sliding door ke balcony I buka seluas-luasnya. I terus mengeluarkan dua biji handphone dan wallet dari dalam handbagI terus call my bf ( Sekarang da naik pangkat jadi Mr Fiance ), I tanya samaada dia ada datang ke rumah atau tidak, sebab selain daripada I, kunci rumah hanya dia sahaja yang pegang sebab dia yang uruskan urusan perjanjian sewa rumah dekat situ. Mana la tahu dia ada singgah untuk tujuan yang I tidak ketahui kan? Tapi, dia cakap takda dan tanya kenapa. I pon bagitahu la benda pelik yang terjadi dalam rumah, dia terus suruh turun ke pondok security untuk membuat laporan supaya pengawal keselamatan dapat memeriksa keadaan di dalam rumah.

I pon terus turun dari tingkat 4 ke ground floor, malangnya I tak nampak kelibat seorang pon pengawal keselamatan, dalam masa yang sama, I pon segan nak berjalan jauh sangat sebab I hanya memakai baju tidur. Makanya, I pon naik semua ke tingkat 4, Sebelum masuk ke rumah, I cuba untuk telefon kawan I yang dulunya duduk serumah tapi sudah berpindah ke Block lain dengan harapan dia boleh teman I masuk ke dalam rumah. Tetapi panggilan telefon I tidak berjawab. I pon terpaksa buat keputusan untuk masuk semula ke dalam rumah seorang diri, dengan tujuan untuk menukar semula baju dan terus keluar dari rumah.

Sebaik pintu dibuka, I terus biarkan pintu terbuka termasuklah grill. Dalam kepala I terlintas, if anything happen, senang la I nak lari keluar. Tak sampai satu minit I masuk kedalam, I terdengar pintu bilik I dibuka secara perlahan-lahan dari dalam. I pon patah dua langkah ke belakang untuk melihat ke arah bunyi tadi. OMG! I ternampak seorang lelaki bertopeng dan memegang sebilah pisau keluar dari bilik II pon terus menjerit berlari ke arah balcony sambil terjatuh jatuh banyak kali walaupon dekat sahaja, I menjerit mintak tolong sambil menyebut nombor rumah. 

Nasib I agak baik sebab balcony rumah menghadap laluan penduduk apartment untuk keluar masuk. Semasa I menjerit meminta tolong, pengawal keselamatan, penduduk sekitar meminta bertenang sementara mereka naik ke atas.

Sesampainya mereka diatas, mereka terus cek ketiga-tiga bilik dan setiap ruang lain di dalam rumah. Malangnya pencuri tu sudah melarikan diri. Semasa pencuri tu keluar, dia sempat mencapai handbag I di atas meja. I bertuah sebab I sempat keluarkan wallet dan dua biji handphone milik I. Kalau tak, susah jugak. Dalam handbag tu cuma ada branded perfume dan card touch&go. 

Disebabkan terlalu ramai sangat orang dalam rumah yang cuba membantu, termasuk penduduk sekitar yang datang untuk melihat apa yang terjadi, kemungkinan pencuri itu masih berada dalam rumah jugak sentiasa bermain di fikiran I. ( Mungkin dia menyamar sebagai seorang yang cuba untuk membantu sebab dia mempunyai masa yang cukup sementara I menunggu bantuan dari bawah )

Alhamdulillah I selamat. Malam tu, I terus tak tidur di rumah tu lagi, I tumpang rumah kakak I Kampung Malaysia sementara berpindah ke rumah yang lain.


Selepas kejadian tu, I notice, tidak ada apa barang berharga yang hilang, cuma kesemua tabung I lesap. I memang suka simpan coins dalam tabung. Bila penuh, I kira dan tukar kepada duit kertas. Jadi I tahu la anggaran berapa yang hilang. Lebih kurang Rm400.00. 

Satu lagi yang I notice, pencuri tu memakai topeng yang diperbuat daripada legging I yang telah dikoyakkan. Agak lucu sebenarnya! Dan seluar Jeans I yang hilang tu jugak dipakainya. Lucu sangat bila di ingat kembali walaupon ngeri!

Semasa laporan polis dibuat, polis seakan menyalahkan I kerana pencuri terlepas disebabkan I membiarkan pintu dan grill terbuka. Ini yang menyakitkan hati I sebenarnya, kerana itu yang dipersoalkan. I rasa, kalau I kunci pintu semasa masuk ke dalam rumah, ada kemungkinan I bergelut dengan pencuri, ditikam dan sebagainya. 

Syukurlah, I selamat. Alhamdulillah Ya Allah.



No comments:

Post a Comment