15 October, 2015

Fresh Veggie Soup with Dory Fish & Prawn



Bahan-bahan yang I guna

Assalamualaikum. Hari ni sebenarnya I agak free untuk update blog. Hari ni I nak share resipi mudah bila kita rasa tak tahu nak masak apa. Tapi dalam masa yang sama kita nak makan sesuatu yang membuatkan kita rasa fresh. Macam I, I memang suka makan sayur! kalau takda sayur, macam tak lengkap je hidup I. Mulalah resah gelisah. Untuk resipi ni, you all boleh la pilih apa sahaja sayur dan protein kegemaran you all. Sayur dan protein yang I gunakan tu hanyalah sebagai panduan sahaja. Sukatan pulak I ikut kata hati sebab masak pon untuk suka-suka sahaja kan. 

Bahan-bahan:
  1. Air
  2. Chicken Stock ( boleh guna chicken cube/Stock ikan bilis/perencah sayuran )
  3. Broccoli
  4. Sawi
  5. Mushroom
  6. Lobak putih
  7. Dory Fish Cube
  8. Udang Segar
  9. Bawang Putih dan hirisan halia digoreng menggunakan olive oil
  10. Hirisan Cili Padi ( Mengikut tahap kepedasan masing-masing )
Cara-cara:
  1. Didihkan air dan masukkan chicken stock.
  2. Masukkan lobak putih dan biarkan sehingga lobak lembut.
  3. Kemudian masukkan dory fish cube dan udang.
  4. Setelah udang dan ikan agak masak, masukkan sayur-sayuran yang lain.
  5. Selepas itu taburkan bawang putih dan hirisan halia yang telah digoreng menggunakan olive oil semasa mendidih. ( Boleh juga dimasukkan awal selepas lobak lembut )
  6. Masukkan cili padi dan boleh matikan api. ( I guna stove, so I just kecilkan temperature supaya soup ni sentiasa panas )
  7. Sedia untuk dimakan.

Fresh kan! memang simple & sedap!

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment