18 December, 2015

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon
Fried Soba with Smoked Salmon and Avocado accompanied by Grilled Salmon

Bahan-bahan untuk Fried Soba:

  1. Soba ( refer gambar )
  2. Hirisan capsicum kuning setengah biji ( size sederhana )
  3. Hirisan bawang besar setengah biji ( size sederhana )
  4. 2-3 sudu besar olive oil
  5. 2 sudu besar sesame oil
  6. 1 sudu kecil serbuk black pepper
  7. Garam secukup rasa
  8. Smoked Salmon satu packet ( dihias atas pinggan seperti dalam gambar )
  9. Avocado dipotong kiub dan terus dicurah dengan perahan air lemon supaya warnanya kekal hijau  dihias atas pinggan seperti dalam gambar )


I guna satu ikat Soba sahaja seperti dalam gambar

I gunakan Soba jenama Aeon


Bahan-bahan Salmon Steak:

  1. Satu keping Norwegian Salmon di potong dua
  2. Salted butter dicairkan menggunakan microwave
  3. I sudu kecil black pepper


Cara-cara menyediakan Fried Soba:

  1. Didihkan air dan masukkan Soba lebih kurang 3-4minit, kemudian angkat Soba tadi terus dicuci/direndam dalam air biasa/sejuk.
  2. Panaskan pan/kuali, tumis hirisan capsicum dan bawang merah menggunakan olive oil seketika. ( tidak perlu terlalu lama sehingga garing atau hangus )
  3. Masukkan Soba dan kacau rata, masukkan black pepper, diikuti dengan sesame oil.
  4. Perasakan dengan garam ( tidak perlu terlalu banyak kerana sesame oil sudah mempunyai rasa masin yang tersendiri )
  5. Sedia untuk dihidang ( refer gambar )


Cara-cara menyediakan Salmon Steak:

  1. Susun Salmon di atas aluminium foil ( refer Gambar )
  2. Ratakan keseluruhan salmon dengan salted butter yang telah dicairkan dan black pepper.
  3. Masukkan dalam oven pada suhu 200 selama 20minit
  4. Sedia untuk dihidang ( refer Gambar )


Susun Salmon di atas aluminium foil
Salmon yang baru sahaja keluar dari oven

Selamat Mencuba!!!

16 December, 2015

Oven Baked Lobster with cheese

Oven Baked Lobster

Oven Baked Lobster
Oven Baked Lobster
Oven Baked Lobster sebaik sahaja keluar dari oven

Bahan - Bahan:

  1. 1 ekor lobster dibersihkan dan dibelah dua
  2. Salted Butter di cairkan
  3. 5 ulas bawang putih di parut
  4. Fresh Parsley di cincang halus
  5. Red capsicum dihiris halus ( di goreng dengan minyak zaitun seketika )
  6. Bawang besar dihiris dadu ( di goreng dengan minyak zaitun seketika )
  7. Grated Mozzarella Cheese
  8. Lemon wedges (  diperah ke atas lobster sebelum makan )


Cara - cara :

  1. Letak lobster yang telah dibelah dua ke dalam tray yang telah di balut dengan aluminium foil ( refer gambar )
  2. Letakkan salted butter yang telah dicairkan di atas keseluruhan bahagian lobster
  3. Masukkan ke dalam oven pada suhu 200 selama 15-20minit
  4. Keluarkan dari oven
  5. Letakkan parutan bawang putih di atas isi lobster, diikuti dengan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng, diikuti dengan hirisan halus fresh parsley dan diakhiri dengan grated mozzarella cheese. ( refer gambar )
  6. Masukkan semula ke dalam oven pada suhu 200 selama 15minit
  7. Keluarkan dari oven da sedia untuk dihidang
  8. Untuk side dish, boleh ikut citarasa masing-masing. ( I sediakan kidney beans yang telah direbus lembut dan grill capsicum sebagai side dish )


lobster yang telah dibersihkan dan dibelah dua

Letak lobster yang telah dibelah dua ke dalam tray yang telah di balut dengan aluminium foil. Letakkan salted butter yang telah dicairkan di atas keseluruhan bahagian lobster

Letakkan parutan bawang putih di atas isi lobster, diikuti dengan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng, diikuti dengan hirisan halus fresh parsley dan diakhiri dengan grated mozzarella cheese


Selamat Mencuba!!!







13 December, 2015

Lemak Cili Api Ketam Telur Masin

Lemak Cili Api Ketam Telur Masin


Lemak Cili Api Ketam Telur Masin



Lemak Cili Api Ketam Telur Masin

Bahan-bahan: 

  1. Fresh santan dua bungkus
  2. Kunyit hidup 3 - 4 inchi di blend
  3. Cili api hijau 17biji, Merah 5biji ( boleh lebih ikut tahap kepedasan ) di blend
  4. Hirisan daun kunyit
  5. Telur masin 2 biji, dilenyekkan guna garfu putih&kuning
  6. Ketam 2 ekor
  7. Asam keping/air asam/pati asam jawa ( I lupa nak letak )

Cara-cara:

  1. Panaskan santan didalam periuk/kuali dengan api sederhana.
  2. Masukkan cili padi & kunyit yang telah di blend.
  3. Kacau perlahan lahan sehingga didihan kecil lalu masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi dan terus kacau laju².
  4. Tunggu seketika, masukkan ketam dan hirisan daun kunyit.
  5. Tutup periuk/kuali sehingga ketam masak.
  6. Tambahkan sedikit garam.
Bahan-bahan yang digunakan

Ketam. Beli dekat Aeon Jusco. Live Mud Crab

Ketam. Beli dekat Aeon Jusco. Live Mud Crab
Belum masak lagi ni! Tunggu mendidih dulu.

Siap!


Selamat Mencuba!!!

Meatball Carbonara Cheese

Meatball Carbonara Cheese


Meatball Carbonara Cheese

Meatball Carbonara Cheese


Bahan-bahan:


  1. 12 biji meatball / lebih, digoreng ( I masukkan dalam Air Fryer )
  2. 2 sudu besar olive oil ( digunakan untuk menggoreng )
  3. Capsicum Merah dan Kuning di hiris kasar ( Digoreng menggunakan olive oil )
  4. 1 biji bawang besar di hiris kasar ( Digoreng menggunakan olive oil )
  5. 1 tin carbonara sauce jenama prego
  6. 200ml susu segar
  7. 1 susu besar lada hitam
  8. Mozzarella cheese  ( I letak satu packet tu habiskan! )


Cara-cara:

  1. Masukkan meatball yang telah digoreng ke dalam bekas
  2. Masukkan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng tadi ke dalam bekas berisi meatball tadi
  3. Panaskan pan, masukkan 1 tin carbonara sos, biarkan seketika, masukkan susu segar dan 1 sudu besar lada hitam.
  4. Kacau sehingga didihan kecil dan masukkan ke dalam bekas berisi meatball tadi.
  5. Taburkan Mozzarella cheese di bahagian atas ( lagi banyak lagi sedap! )
  6. Bakar di dalam oven pada suhu 200 selama 10-15minit


Bahan-bahan yang digunakan
Goreng hirisan capsicum dan bawang besar
Masukkan hirisan capsicum dan bawang besar yang telah digoreng tadi ke dalam bekas berisi meatball tadi
Panaskan pan, masukkan 1 tin carbonara sos, biarkan seketika, masukkan susu segar dan 1 sudu besar lada hitam.
Kacau sehingga didihan kecil dan masukkan ke dalam bekas berisi meatball tadi.
Taburkan Mozzarella cheese di bahagian atas ( lagi banyak lagi sedap! ) I letak satu packet tu habiskan!


Selamat mencuba!!!

09 December, 2015

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic & Thinly Sliced Ginger

Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger


Saute Broccoli and Diced Dory Fish with Fried Chopped Garlic and Thinly Sliced Ginger

Bahan A:
  1. Minyak bunga matahari untuk menggoreng
  2. 4 ulas bawang putih dicincang halus
  3. inch halia dihiris nipis dan halus
Bahan B:

  1. 200gram ikan dory yang dipotong kiub ( I beli memang yang da siap potong in cube )
  2. 1 biji broccoli ( di potong kecil )
  3. 4 ulas bawang putih di cincang halus
  4. 1 sudu besar udang kering
  5. Hirisan capsicum merah & kuning
  6. Hirisan halus leek ( setengah batang )
  7. Hirisan lada cili 2 batang ( sekiranya mahu pedas boleh ditambah )
  8. 4 sudu besar minyak bijan untuk menumis dan 2 sudu besar untuk di letakkan sebelum mematikan api
  9. Garam secukup rasa
  10. Hirisan daun bawang sebagai hiasan


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng bawang putih yang telah dicincang halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
  2. Panaskan minyak bunga matahari dan goreng hirisan halia yang telah dihiris nipis dan halus sehingga bewarna keemasan. Diangkat bersama-sama dengan minyak.
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang telah dicincang halus dan udang kering seketika
  2. Masukkan hirisan leek dan hirisan capsicum dan kacau seketika
  3. Masukkan ikan dory sehingga separa masak.
  4. Masukkan broccoli dan tutup kuali sehingga ikan dan broccoli tadi masak.
  5. Tambahkan 2 sudu minyak bijan dan sedikit garam. ( garam tidak perlu terlalu banyak kerana minyak bijan sudah menghasilkan rasa masin yang tersendiri )
  6. Sedia untuk dihidang seperti dalam gambar.
  7. Taburkan bawang putih & halia yang telah digoreng tadi ke atas ikan dory.
  8. Taburkan daun bawang seperti dalam gambar.

Selamat Mencuba!!!