15 September, 2015

Lovely Sunday at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

I memang da lama teringin nak pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni. Selalu tengok kawan-kawan je yang upload gambar pergi sini. Agak cemburu jugak sebab lokasi Bukit Tinggi dengan I bukannya jauh sangat, lebih kurang 45 minit sahaja sebab I stay dekat PJ. Tapi, kawan-kawan yang duduk jauh di selatan pon da sampai ke Colmar Tropicale ni, I je tak sampai-sampai lagi. Sungguh cemburu okay!


Hari sabtu 12/09/2015, masa bawak Nabila makan dekat Royal Lake Club, saja la I tanya dia:

" Esok busy tak Bil? "
" Agak busy, nak buat assignment, kenapa ngah? "
" Kalau tak busy nak ajak pergi Bukit Tinggi "
Dia, Noraini & Sofea terus excited
" Kene siapkan assignment malam ni jugak! "

Itu tandanya diorang nak la join I dengan Kamal pergi! Aduhai adik-adikku ni, bab berjalan no 1. Tapi bagus jugak, at least I tak la bosan sangat bila berdua je dengan Kamal. Nabila dengan kawan-kawan dia kaki posing macam I. So, kiteorang gang! Kalau berdua dengan Kamal je, takut nanti dia bosan asyik kena tangkap gambaq I je. Walaupon Kamal cakap dia tak pernah bosan tangkap gambaq I, cuma selalunya I je yang tak puas hati bila dia tangkap gambaq I, tak menepati citarasa! Hehehe. 

So, I pesan kat Nabila & friends tunggu dekat LRT Bangsar pukul 9am. Masa bangun pagi tu, I tunggu jugak kalau-kalau Nabila whatsapp  cakap tak jadi pergi ke apa kan, tapi dalam pukul 8.30am macam tu dia da send mesej bagitahu diorang da nak sampai LRT. Hehehe. I gelak je dalam hati, sebab diorang memang excited nak pergi, bukan I sorang. Kalau la diorang cakap tak jadi pergi, I pon tak jadi nak pergi, nak sambung tido!

Dalam pukul 9.15am lepas amek Nabila & friends dekat LRT Bangsar, isi minyak kereta, kiteorang terus menuju ke Colmare Tropicale. Lebih kurang pukul 10.30am tu kiteorang da sampai dekat main entrance. Nak masuk sana kena bayar Rm13/person. Untuk budak-budak tak sure pulak berapa kena bayar berapa.

Ticket Rm13/person

Masa nak cari tempat nak parking kereta, kiteorang semua teruja dengan buildings architecture kat sana! Cantek! French Themed Resort. Terasa macam dalam Cartoon Disneyland pulak. OMG! Memang cantek!


Untuk pengetahuan you all, dalam Colmar Tropicale ni, ada banyak tempat recreation & activities, antaranya:

  1. Equestrian - Trail Rides
  2. Golf 
  3. Sports ComplexSwimming Pool, Tennis, Gymnasium, Bowling, Snooker/Billiards, Squash Courts, Badminton Courts, Archery, Pool Table & Futsal.
  4. Adventure ParkFlying fox, Paint ball, Paintball Jungle warfare, High Rope Obstacle Course, Canopy Walk, & Rope Climbing.
  5. Japanese Village
  6. Botanical Garden 
  7. Animal Park - Mini Animal Park ( Rabbit, Deer & Donkey )
  8. Entertainment - Street performance &Strollers/Band
  9. 6D Motion Ride

Antara 9 tempat recreation & activities tu, kami cuma pergi ke Japanese Village, Animal Park dan berjalan-jalan dekat French Themed Resort. ( Golf & Sports Complex tu kebiasaannya hanya Club Member sahaja yang dibenarkan masuk )

Security Tolong tangkapkan gambar kami, sebelum kami explore tempat-tempat yang lain.

Selepas amek gambar berlima ni, kami terus naik bus yang akan membawa kami ke Animal Park. Kami sampai ke Animal Park lebih kurang pukul 10.50am. Sebelum turun dari bus, sempat jugak Kamal tanya, nak balik nanti macam mana, driver bus tu cakap, setiap satu jam akan ada bus yang lalu untuk menghantar dan mengambil pengunjung. Ticket untuk masuk ke Animal Park ni, Rm4/person.

Ticket to Animal Park
Arnab-arnab dekat sini comel-comel! Besar-besar pulak tu! Geram tengok. Same spesis tapi berbeza dari segi rupa dan warna. I memang penakut, tapi nak jugak cuba pegang, Nabila dengan kawan-kawan dia pon sama jugak penakut, tapi nak jugak cuba tangkap, nak bergambar buat kenangan, Kamal ajar, kalau nak tangkap dia, senang je, pegang telinga dia. Kiteorang pun cuba la, Yes its work! Tapi dekat sana ada sign, dilarang untuk menangkap arnab dengan cara memegang telinga dia. Sebab telinga merupakan bahagian paling sensitive pada arnab. Kenapa sensitive..?? Sebab boleh menyebabkan dia stress, sakit, tak nak makan dan juga mati. 

I tak berani sebenarnya nak pegang Rabbit ni, tapi acah-acah berani je ni.

Nabila dengan Rabbit

I & Nabila
Kamal dengan Rabbit

I tanya Kamal, Rabbit dengan Kijang ni memang berkawan baik ke sampai diorang ni boleh dilepaskan bebas bermain main dalam satu kawasan. 
Donkey ni nak naik kene bayar Rm6/person. Tapi untuk budak-budak sahaja

Lepas puas main dengan rabbit & puas tangkap gambar, kiteorang duduk dekat area cafe sekejap. Kamal beli air mineral, teh, nasi lemak dan biskut suji. Semua pon kiteorang share 5 orang. ( I tak makan ). Makanan dekat sini bukan agak mahal, tapi sangat mahal! Bayangkan nasi lemak tu pon Kamal cakap harganya lebih kurang Rm6.50 I tak boleh nak tulis exactly amount sebab selalu I simpan resit, tapi bila Kamal yang beli, habit dia memang suka buang resit. Huhuhu...

Lebih kurang pukul 11.50am, kiteorang semua berjalan menuju ke bus stop, sebab bus driver cakap, setiap satu jam, diorang akan hantar & ambil pengunjung. Tapi kiteorang tunggu lebih kurang 2 jam! Sampai give up, Kamal ajak jalan je, lebih kurang 5 minit berjalan, pukul 1.20pm, bus pon lalu dan berhenti amek kiteorang berlima, bus driver tanya: 
" Kenapa tak tunggu dekat bus stop kak? "
I jawab:
" Da dua jam da tunggu "

Masa dalam bus tu, kiteorang dok gelak-gelak, memang betul la security dekat rabbit park tu cakap, kalau nak berjalan kaki, malam baru sampai, sebab memang jauh! Kiteorang dok gelak-gelak dalam bus mengenangkan kalau bus tak lalu dan kiteorang terpaksa berjalan! Kih Kih Kih

Posing sementara tunggu bus sampai

Lepas tu, kiteorang terus masuk ke French Themed Resort. Aduhai, canteknya architecture dekat sini. Terasa macam bukan dekat Malaysia je. I siap cakap dengan Kamal, lepas kahwin nanti, kite check in dekat sini. 

Dekat French Themed Resort ni, I jalan dengan Kamal, Nabila pulak jalan dengan kawan-kawan dia. Jalan sendiri-sendiri. I dengan Kamal berhenti minum sekejap sebab Kamal kene minum/makan something to cover his blood sugar. So kiteorang singgah minum dekat La Boulangerie. Dekat situ kiteorang order Cheese sandwich, Plain Croissant, Brewed Coffee & Vanilla Ice blended. It's cost us Rm44.50. Untuk kiteorang berdua memang rasa biasa je, tapi kalau adik-adik I yang 3 orang tu join, mesti la terasa mahal kan.

Actually, walaupon ramai yang komen dekat sini makanan mahal, tak best sebab semua pon western, but the truth is, kedai-kedai makan dekat sini semua menepati citarasa & selera I dengan Kamal yang tak makan nasi ni. So, memang target I untuk datang ke sini lepas kahwin nanti. Mesti cantek dengan lighting effect waktu malam kan?! Tak sabar! Tambahan pulak bila kawan I pernah honeymoon dekat sini. Dia cakap memang seronok & romantic






Noraini, I, Nabila & Sofea







You all nak tahu? I memang da lama aim nak beli belon buih-buih ni, tapi terasa macam budak-budak je. Tapi bila dekat Colmar ni, terasa macam cantek je kalau dok layan buih-buih ni sambil tangkap gambar. So, I pon suruh Kamal belikan. Hehehe. Lepas tu, adik-adik I yang 3 orang ni pon terlebih excited jugak dengan My Bubbles Infinite ni. Layankan je la. Sebab masing-masing pon bujang lagi, dan semua perasan kanak-kanak ribena lagi! hehehe




Lepas puas berjalan dan amek gambar dekat sini, kiteorang drive ke Japanese Village pulak. Nak masuk Japanese Village ni kena naik tangga, tinggi pulak tu! I kesian dekat Kamal, takut dia tak larat, tapi Alhamdulillah, sampai jugak kiteorang dekat atas. 

Souvenir yang I beli


Sampai dekat atas, Nabila dengan kawan-kawan da ada kat sana. Tapi diorang tak masuk lagi. Lepas beli souvenir I pon terus join Nabila. Diorang asalnya macam tak nak masuk, tapi tetiba ada sorang lelaki cina, dia cakap dengan kiteorang:
" Pergi naik atas, manyak cantek! "
I tanya, 
" Jauh tak? "
" Tak jauh sangat, dekat saja.. "

I pon terus tengok muka adik-adik I, muka diorang sungguh  excited  lepas Apek tu cakap macam tu. I dengan Kamal pon mula-mula berkira jugak nak naik ke tak nak, tapi naik jugak. Kalau ikotkan I sorang, memang I naik je, tak payah nak berkira-kira lagi dalam hati. Hehe. 

Memang takdelah jauh sangat, view pon cantek. Dalam Japanese Village ni ada Suites & Spa. Lepas tu boleh sewa kimono untuk amek gambar, kene bayar lebih kurang Rm28/person, lepas tu korang boleh la posing ala-ala gadis jepun selama lebih kurang 20minit. Hehe. Tapi kiteorang tak pakai pon kimono tu.

View dekat Japanese Village
Tatami Spa, Japanese Village
View dekat Japanese Village

View dekat Japanese Village
View dekat Japanese Village
On the way nak turun dari Japanese Village ke parking area, I cakap dengan Kamal, next time boleh la pergi sini lagi for morning/evening walkLepas tu, kalau nak datang saja-saja makan western or Italian food pon boleh jugak, sambil-sambil feeling bukan dekat Malaysia. Hehe

Dekat sini sejuk je. Macam I, setitik peluh pon tak keluar. Kamal pulak jenis yang senang berpeluh, tapi I tak nampak pon dia berpeluh, just rasa tangan dia lembap sikit masa naik Japanese Village tu. Adik-adik I pulak tak sempat nak tanya diorang berpeluh ke tidak. 

Dekat dalam Japanese Village ni, I tak banyak amek gambar. I just tumpang-tumpang je camera Nabila & Friends.. Macam da tak larat nak photogedik. Hehehe. Lebih kurang 30minit kat dalam tu, kiteorang pon terus turun menuju ke kereta dan terus keluar dari Colmar menuju ke KL.


Terus ke Kajang cari Satay!

No comments:

Post a Comment