11 September, 2015

Mincemeat Filling For Tortilla Bread

Disebabkan I jarang makan nasi, jadi I selalu menggunakan tortilla ni sebagai number carbohidrat. I beli yang instant je, bile nak makan just panaskan terus atas pan or masuk dalam microwave.

So, I create resipi yang simple untuk di makan bersama tortilla bread, iaitu Mincemeat Filling For Tortilla Bread.

Mincemeat Filling For Tortilla Bread
Picture from my account at letsmasak.com

Bahan-bahan: ( untuk dua orang )
  1. 8 ubiji bawang merah kecil (dicincang)
  2. 6 ulas bawang putih (dicincang)
  3. 4 - 6 biji cili padi (dipotong)
  4. 400 gram mincemeat
  5. 4 sudu maggie seasoning
  6. 1 sudu cuka
  7. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  8. 1 biji capsicum merah (dihiris nipis)
  9. 1 biji tomato (dipotong dadu)
  10. Beberapa helai daun pudina (dicincang)
  11. 2 sudu perahan lemon 
  12. Lettuce ( untuk hiasan - refer gambar - mengikut citarasa)
  13. Cheese ( untuk hiasan - refer gambar - mengikut citarasa ) 

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili potong sehingga naik bau. 
  2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata dan masukkan mincemeat.
  3. Kacau rata sehingga daging cincang tadi masak, masukkan maggie seasoning dan biarkan seketika, kemudian masukkan sedikit cuka.
  4. Masukkan hirisan capsicum merah, kacau rata dan matikan api.
  5. Sedia dihidang di atas roti tortilla seperti dalam gambar.
  6. Campurkan tomato yang dipotong dadu, daun pudina dan perahan lemon didalam mangkok.
  7. Campuran tadi boleh dihidang di atas tortilla seperti dalam gambar bersama daging cincang yang telah masak tadi.
  8. Lettuce dan cheese boleh di tambah di atas filling sebagai hiasan dan menambahkan kelazatan.

Kepada yang cintakan sayur-sayuran boleh tambahkan sayuran kegemaran you all mengikut kesesuaian.

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment