23 February, 2016

Grilled Salmon

Grilled Salmon



Grilled Salmon

Cara masak same macam yang sebelum ni. Cuma yang ni more veggie. Tambah cauliflower, green peas.


Bahan-bahan:

- Salmon
- Garam
- Black pepper
- Butter ( I guna ScS butter with canola&olive oil ) (refer gambar )
- Camsicum
- Jalapeño Green Chili
- Cauliflower
- Green Peas
- Lemon


Cara-cara:

- Letakkan salmon di dalam tray yang di baluti aluminium foil
- Lumur salmon dengan garam dan black pepper 
- Letakkan beberapa sudu kecil butter di atas salmon ( refer gambar )
- Potong capsicum, jalapeno green chili, cauliflower, green peas dan letak sekali di dalam tray 
- Masukkan dalam oven selama 30minit pada suhu 180
- Sebelum makan, squeeze dengan lemon.



Sawi tumis bawang putih

Sawi Tumis Bawang Putih


Sawi tumis bawang putih dan cili potong. 

Tumis guna olive oil. 

Tambah tomato & tahu telur.


Steam Chicken Breast


Steam Chicken Breast




Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan olive oil, sesame oil, garam, mix herbs, black pepper, perahan lemon, halia&bawang putih yang ditumbuk.
2. Letakkan ayam tadi ke dalam plastik zip, dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang satu jam atau semalaman.
3. Letakkan dalam tray, boleh letakkan sekali sayur² kesukaan masing²
4. Cover tray dengan plastic steam
5. Steamkan ayam tadi selama 15-20 minit.
6. Disebabkan I suka halia goreng, I goreng halia dan taburkan ke atas ayam yang telah siap di steam.
7. Taburkan daun bawang untuk hiasan. 




Ayam yang da siap marinated ni baru keluar dari chill. I terus susun dalam tray


I letak sekali sayur di bahagian atas ayam.


Lepas da siap tu, i letakkan hirisan halia goreng kat bahagian atas dan daun bawang sebagai hiasan.

Teh Halia @ Ginger Tea

Teh Halia @ Ginger Tea

Bahan-bahan
  1. Halia ( dihiris dan ditumbuk sedikit )
  2. Serai ( ditumbuk sedikit )
  3. Daun Teh
  4. Air dari water wilter coway ( boleh guna air mineral, air ro, air dari water wilter jenama lain, yang penting bukan air paip supaya tahan lebih lama )

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan direbus sehingga mendidih.
  2. Sekiranya menggunakan rice cooker seperti saya, sentiasa keep warm.